31 August 2010

Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum wbt..
Sedar tidak sedar, kita telah sampai ke penghujung 10 Ramadhan yg terakhir.. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkn umur oleh Allah swt tmbhn di bulan Ramadhan ini yg dijanjikan 10 kali ganda ganjaran pada bulan2 lain oleh Allah swt..
Tetapi, sudahkah kita hitung berapa byk amalan kita spnjg bln Ramadhan ini??

10 malam terakhir Ramadhan ini mempunyai kelebihannya yg perlu dicari oleh setiap muslim iaitu malam Qadr..

Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

Malam... tanda-tanda dan waktunya
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.

Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.

Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

Akhir kata, marilah sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.. paksakan diri utk bgun bertahajud dlm baki2 Ramadahan ini supaya dapat menghayati malam Qadr yg dijanjikan oleh Allah swt.. Amin.

Saya dgn ini memohon maaf atas segala kesalahan dan kekurangan yg ada dalam diri ini..

17 August 2010

Tak Mengaku Wahabi!!!!

Al-kisah...bila sebut saja Wahabi, ada seorang hamba Allah ni bertukar wajah. Rasa xsedap hatinya ibarat ditusuk jarum peniti..
Hamba Allah yg sorang ni satu u dgn saya. Malah satu fakulti pun... Niat dihati bkn nak m'perlekehkannya.Tapi, si dia ni(nama samaran yg saya beri NAJ)terlalu emosi sgt ttg WAHABI, boleh la dikatakan taksub.
NAJ bertny dkat sy, "kau tahu ke ape tu wahabi??" sy pn malas nak jwb sbb tgk riak mukanya ala2 dari puak2 yg dsebutkan td...sy hny mjwb "xtahu (kononnya la)". Si NAJ ni pulak bgtau jgn tuduh2 org 2 wahabi kalau xthu apa itu wahabi.. saya tny blik, "ko ni wahabi ke?" dia xmengaku..tp dlm masa yg sama msih nmpak riak mcm marah sebab sy katakan ada org 2 wahabi...mgkin selalu sgt bc buku2 tnp brtnya & ketaksuban dia ni trhdp WAHABI mybabkan dia jd mcm 2. jd mcm mane? nnti sy critakan kn...

Apa itu Wahabi?

Wahabi (bahasa Arab: Al-Wahhābīyya‎ الوهابية) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab.

Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

* Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud ‘satu Tuhan’.

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 – 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk ‘Kitab al Tawhid’.
Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
6. Melarang membaca qasidah.
7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.


Mengenai Wahhabi pun mengajar kitab Imam Nawawi Riyadus Solihien dan kitrab Ibnu hajar iaitu Fathul Bari. Wahhabi mengajarnya atas dasar taqiyyah iaitu pendekatan utk menukar akidah umat islam yg sejati kepada akidah yahudi iaitu Allah Duduk.
Samalah seperti Wahhabi mengaku sebagai Salafi. Sebenarnya Wahhabi bukan salafi tetapi hakikatnya mereka adalah yahudi kerana berakidah Allah Duduk.

Dari Ibnu Umar r.a berkata:
Sabda Nabi saw:
Ya Allah, berkatilah kami pada Yaman kami dan ya Allah, berkatilah Kami pada Syam kami. sebahagian (dari Najd) berkata: Dan pada Najd kami ya Rasulullah. Baginda saw pun berdoa lagi: Ya Allah, berkatilah kami pada Yaman kami dan ya Allah, berkatilah kami pada Syam kami. sebahagian (dari Najd) berkata lagi: Dan pada Najd kami ya Rasulullah. Baginda berkata kali ketiga: Di sanalah berlakunya gegaran2 dan fitnah2, dan (disanalah juga) terbitnya tanduk syaitan"
(HR Bukhari)

berdasarkan hadis sahih tersebut, jelas Nabi saw menyebut timbulnya "syaitan2" dan berlakunya fitnah dari Najd (sekarang dikenali sbg SYRIA) di sebelah timur Madinah. Nabi juga menunjuk arah berlakunya fitnah2 dari sebelah timur Madinah. tidakkah itu dinamakan Najd? bukankah tmpt kelahiran pengasas Wahabi??? yg selalu mengkafirkan umat Islam sesama sendiri oleh org2 WAHABi yg begitu taksub!!!

Apabila bertanya kepada puak2 wahabi, "Kau wahabi ke??" diorg akan (mcm wajib kot)mjwb "xdelah". Ingat!! puak2 Wahabi xkan mengaku dirinya Wahabi!! sama mcm penyangak xkan mengaku dirinya penyangak!!!!!...tp cukup marah bile ada seseorg mengata ttg wahabi..
mm.. xphm2 knp nk brselindung di balik pintu yg xada pintu..cmne 2 ye.. hny puak2 wahabi yg tahu..

Kata Imam Zuhrah:
“Dan dapat dilihat bahawa ulama’ Wahhabiyyun mewajibkan pendapat mereka ke atas orang lain sebagai kebenaran yang tidak boleh disalahkan, dan mereka melihat pendapat orang lain sebagai kesalahan yang tidak boleh diperbetulkan, bahkan mereka mengganggap bahawa orang lain yang membuat binaan di perkuburan dan mengelilingi kawasan tersebut adalah seumpama penyembah berhala, dan mereka di dalam hal ini seumpama Khawarij yang mengkafirkan dan memerangi golongan lain yang berbeza pendapat dengan mereka sepertimana yang telah kami sebutkan.”

(Imam Abu Zahrah. Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah: ms: 201)


Jadi,ingat... jgn terpedaya dgn ajaran wahabi yang jelas terpesong dgn ajaran syariat yg selalu mengkafirkn sesama Islam..byk perkara2 yg bercanggah dgn akidah sperti Sifat Allah yang mempunyai dua tgn, Allah i2 duduk dsbgnya..
Kerajaan Arab Saudi di bawah Raja Abdullah sehingga waktu ini juga telah megambil berbagai-bagai tindakan untuk mengendurkan fahaman Wahhabi kerana sedar bahawa fahaman ini telah melahirkan begitu ramai ekstrimis agama.

Ulama’ Al-Azhar dan Pakar Pengkaji Gerakan-gerakan Islam Menegaskan bahawa Wahhabiyyah Mengancam Islam dan Dunia. Apa lagi alasan kita?!!!

Renung2kanlah.. KHAS utk puak2 Wahabi yg kononnya Ahli Syurga yg sering mengkafirkan sesama umat Islam..

14 August 2010

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan..
Marilah kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar Allah memberikan kita sekali lagi peluang untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia itu.

Untuk mengaut segala isinya, untuk mencapai segala hadiahnya, dan kalau Allah izin kita melepasi Ramadhan, kita harap Ramadhan ini menjadi madrasah untuk kita kekal taat kepadaNya sepanjang kehidupan kita. Tingkatkan ketaqwaan dan ibadah kita di bulan Ramadhan yang mulia ini baik utk saya mahupun anda semua tang bergelar ISLAM.

Ramadhan yang menghampir, jangan kita pula yang meminggir.

Mengapa sebulan suntuk hanya untuk taqwa?

Fikir-fikir semula, Ramadhan ini tujuannya apa? Allah telah jelas menyatakan di dalam firmanNya:

“Telah dituliskan(diwajibkan) ke atas kamu puasa sebagaimana yang telah dituliskan ke aras orang-orang dari sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa” Surah Al-Baqarah ayat 183.

Taqwa. Itu tujuan utamanya.

Tetapi satu lagi persoalan timbul. Mengapa sebulan suntuk, tujuannya adalah taqwa? Kenapa bukan perkara lain?

Apakah besarnya taqwa ini di dalam kehidupan insan? Mengapa ia diangkat sedemikian penting?

Kepentingan taqwa yang tidak terlihat manusia.

Jika kita memerhatikan secara teliti, taqwa itu diangkat sedemikian penting adalah kerana taqwalah yang menjamin kelansungan seseorang hamba dalam ketaatannya kepada Allah SWT.

Sebab itu, Ka’ab bin Malik RA apabila ditanya oleh Umar Al-Khattab RA berkenaan taqwa, beliau menyoal Umar kembali:

“Wahai Umar, apakah kau pernah melalui jalan yang penuh dengan duri?”

Umar menjawab: “Pernah”

“Apa yang kau lakukan?”

“Aku sinsing kainku agar tidak tercarik dengan duri, dan aku jaga langkahanku agar tidak terpijak duri”

“Itulah dia taqwa”

Dari situ, kita dapat analogikan duri sebagai larangan-larangan Allah dalam kehidupan insan. Maka rasa berhati-hati dari ‘tercarik’ dan ‘terpijak’ itu adalah analogi kepada taqwa. Ia seakan satu defensive system yang mengajak diri bukan sekadar menjauhi, bahkan berhati-hati dengan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Bukan sekadar tidak melakukan, bahkan tidak mendekati. Bukan hanya takut ‘terpijak’, bahkan takut juga ‘tercarik’.

Maka jika inilah dapat dicapai oleh manusia, pastinya setahunnya mampu dilalui dengan baik. Benarlah firman Allah SWT apabila menyatakan perihal bekalan.

“Dan berbekal lah kamu. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa” Surah Al-Baqarah ayat 197.

10 August 2010

Isu Perlantikan Hakim Wanita

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah melantik dua orang wanita sebagai Hakim Syarie. Mereka ialah Suraya Ramli sebagai hakim syarie Wilayah Persekutuan dan Rafidah Abdul Razak sebagai hakim syarie Putrajaya. Perlantikan mereka telah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong.

Ini merupakan pertama kalinya dalam sejarah Malaysia yang telah membuat pembaharuan dalam perlantikan hakim syarie di kalangan wanita. Isu perlantikan Hakim Syarie dikalangan wanita bukan merupakan perkara yang baru, tetapi ia telah diperbahaskan sejak dahulu lagi.

Saya juga tidak terkejut dengan isu perlantikan wanita sebagai hakim syarie. Ini kerana,menurut pendapat Imam Hanafi, wanita dibenarkan menjadi hakim di mahkamah, begitu juga mazhab Maliki. Tetapi, Mazhab Syafie berpendapat, wanita tidak seharusnya dilantik menjadi hakim syarie. Kesemua Imam-imam tersebut mempunyai hujah-hujah dan dalil-dalilnya yang tersendiri.

Di Malaysia, secara umumnya, umat Islam berpegang kepada Mazhab Syafie dan mengamalkan ibadat dan perkara kehidupan seharian berpegang kepada mazhab Syafie. Di dalam konteks perlantikan hakim syarie wanita,mereka telah memilih pandangan daripada mazhab Hanafi yang mengatakan harus melantik wanita sebagai Hakim Syarie. Ini juga merupakan ijtihadi dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang mempunyai sebab-sebab tertentu dan kemaslahatan dalam melantik wanita sebagai hakim syarie.

Akan tetapi, masyarakat perlu ingat, perlantikan hakim adalah untuk mengangkat panji kebenaran dan menegakkan keadilan di muka bumi dengan mengikut syariat yang ditentukan oleh Allah swt. Jika mereka berpendapat bahawa isu perlantikan wanita sebagai hakim syarie adalah untuk membela kaum wanita tanpa mengikut syariat, ini adalah salah. Mereka perlu fajam bahawa tugas hakim adalah memberi KEADILAN kepada kedua2 belah pihak tidak mengikut jantina.

Apa yang saya ingin jelaskan di sini ialah, tidak kiralah kita mengikut mazhab Hanafi mahupun Syafie dalam isu perlantikan hakim syarie wanita, tugas hakim amatlah berat dalam menyelesaikan sesuatu masalah di mahkamah. Jadi, berfikirlah dalam membuat keputusan semasa mengadili kedua-dua pihak dengan berlandaskan nas-nas. Janganlah bersikap berat sebelah dalam menghakimi permasalahan kedua-dua pihak dan tidak mengadili hanya semata-mata mengikut gender...

Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W bersabda, dua golongan hakim akan masuk neraka iaitu hakim yang berhukum tanpa ilmu dan hakim yang tahu kebenaran tetapi tidak berhukum dengannya. Hanya satu golongan hakim yang dapat masuk syurga iaitu hakim yang tahu kebenaran dan berhukum dengannya.

Jadi, saya doakan agar hakim-hakim khusunya di Malaysia ini tidak kira lelaki atau perempuan, dapat memberi penghakiman yang seadilnya agar mendapat ganjaran daripada Allah swt.AMIN..

-min: khairul azhar

Popular Posts