26 October 2010

Ilmu Fara'id

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

1. Tanah 2. Bangunan (rumah). 3. Barang kemas (emas, perak dll). 4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA
Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari
siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu: (a) Asabah Binafsih (b) Asabah Bil Ghoir (c) Asabah Maal Ghoir.

(a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Hijab Nuqshon dan
2. Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

SENARAI AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.
Waris dari pihak lelaki seperti berikut: 1. Anak lelaki 2. Cucu lelaki dari anak lelaki 3. Bapa 4. Datuk 5. Saudara lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa 7. Saudara lelaki seibu 8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa 9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa 10. Bapa saudara seibu sebapa 11. Bapa saudara sebapa 12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa 13. Sepupu dari bapa saudara sebapa 14. Suami 15. Hamba sahaya
Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu: 1. Bapa 2. Anak lelaki 3. Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu: 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Nenek sebelah ibu 5. Nenek sebelah bapa 6. Saudara perempuan seibu sebapa 7. Saudara perempuan seibu 8. Saudara perempuan sebapa 9. Isteri 10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak: 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Saudara perempuan seibu sebapa 5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut: 1. Bapa 2. Ibu 3. Anak Lelaki 4. Anak Perempuan 5. Suami/Isteri


KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS

Bhg diperolehi
Suami kepada simati
1/2
Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
1/4
Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki


Bhg diperolehi
Isteri kepada simati
1/4
Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki
1/8
Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki


Bhg diperolehi
Anak Perempuan simati
1/2
Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
2/3
2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki
ASABAH BI-GHAIRIH
Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki


Bhg diperolehi
Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati
1/2
Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
2/3
Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak
1/6
Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan
ASABAH BI-
GHAIRIH
Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki

Bhg diperolehi
Bapa Simati
1/6
Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan Asabah
Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki
ASABAH
Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki


Bhg diperolehi
Ibu Kepada Simati
1/6
Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3
Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari baki
Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri


Bhg diperolehi
Datuk Kepada Simati
Sama seperti bapa
Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa


Bhg diperolehi
Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada Simati
1/2
Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah
2/3
Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah
ASABAH
Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk
Terhalang oleh
disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
Bhg diperolehi
Saudara Perempuan Sebapa kepada Simati
1/2
Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
2/3
Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
1/6
Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa
Asabah
disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
Terhalang Oleh
1. Bapa 2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung

Bhg. Diperolehi
Saudara Seibu ( Lelaki/Perempuan )
1/6
Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
1/3
Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Terhalang oleh
Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

Balasan Orang Yang Meninggalkan Solat

Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
1. · Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. · Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. · Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
1. · Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. · Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. · Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
1. · Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2. · Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. · Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Kisah Orang Yang Disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun
yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

05 October 2010

Aurat Lelaki Sering Diremehkan?

Kita sering membincangkan tentang batas2 aurat bg wanita, dan hukum berdosanya bg wanita yg mendedahkan aurat hatta mendedahkan rambutnya di khalayak ramai yg sekarang ini sebahagian drpd mereka menganggap aurat yg plg kecil..nauzubillah.. tetpi tanpa kita sedar, (guna prkataan 'kita' krn sy juga seorg lelaki) kita sering meremehkan aurat bagi lelaki dan batasan2nya..Untuk mengetahui lebih lanjut, lebih mudah utk memahami tentang definisi aurat itu sendiri.

Maksud Aurat dari segi bahasa:Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong jalan di bukit. (Munawwir,Kamus Bahasa A'rab-Indonesia)

Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.

Maksud Aurat dari segi syara':Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Firman Allah swt:
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)[2]

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.

Berdasarkan hadis di atas, benar batas aurat bagi lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. tidak kurg juga terdiri drpd kwn2 sy yg rata2 memakai seluar pendek ktika brsukan.Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Begitu juga keadaan lelaki ketika bersukan. Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam dari Bahrain dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallamسَيَكُوْنُ فِي آخِرِ أُمَّتِيْ نِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ.. Akan ada kelak pada umatku wanita-wanita yg berpakaian tetapi telanjang.. {HR Malik dan Muslim}

Di dalam bab solat, para fuqaha membahaskan syarat-syarat sahnya solat yaitu pada pembahasan menutup aurat mereka mengatakan syarat bagi pakaian penutup adalah tebal, dan tidaklah sah bila pakaian tersebut nipis dan menampakkan warna kulit. Semua ini berlaku bagi lelaki dan wanita baik pada solat sendiri ataupun solat berjamaah.

Ada juga yg bertanya kpd sy tentang memakai pakaian yg ketat ketika solat, hukumnya adalah makruh kerana ia dapat mendatangkan keburukan dari segi kesihatan selain menganggu fokus kita dalam solat kerana pergerakan yang terbatas.

Al-Hafizh IbnuHajar dalam Fathul Bari (1/476) menceritakan dari Ibnu Asyhab tentang orang yang memendekkan seluarnya dalam solat, padahal dia mampu memanjangkan seluarnya, dia berkata, ”Dia mengulangi solat pada waktu itu, kecuali jika pakaiannya tebal, dan sebahagian ulama’ Hanafiyyah memakruhkannya”. Padahal keadaan seluar mereka pada waktu itu bentuknya sangatlah lebar, maka apa lagi dengan seluar yang sempit sekali.

Jika kita dapat berpakain dgn kemas dgn memakai 'tie', baju kmeja yg baru dibeli, kasut yg baru digilap semata-mata krn hendak brjumpa perdana menteri atau pmimpin yg mgkin tidak menjamin rezeki kita, mengapa kerana hendak 'berhadapan' dgn Allah, yg 'Khalik' dan menjamin rezeki kehidupan kita,ttpi kita menolak dlm memakai pakaian yg kemas dan bersih, bahkan hanya mengambil remeh-temeh dalam bersujud kepada Allah swt.

Oleh itu, eloklah kita memakai pakaian yang sempurna untuk bertemu dengan Maha Pencipta, ALLAH swt.

Popular Posts