Islam adalah agama yang dibawa oleh Allah swt dengan sebuah agama yang murni, harmoni, syumul dan luhur. Ia digambarkan dengan keperibadian Rasulullah saw yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri Rasulullah ini telah memberi keamanan dan rahmat seluruh alam. Sebagaimana firman Allah swt: "Tidaklah AKU utuskan engkau wahai MUHAMMAD melainkan menjadi rahmat seluruh alam" (al-Anbia': 107)
25 June 2009
Keajaiban Saintifik Al-Qur'an
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.
PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA
Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)
Edwin Hubble
Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'.
Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu.
Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.
PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat."dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk rata.
Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
ORBIT
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan.
Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
BENTUK SFERA BUMI
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut' dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.
BUMBUNG PROTEKTIF.
Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. (Surah al-Anbiya; 32)Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan.
Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan.
Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar.
Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.
PENGITARAN DI ATAS LANGIT.
Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat at-Tariq;11.Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian'.Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.
Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.
LAPISAN ATMOSFERA
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.
Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.
Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.
14 June 2009
Batas-Batas Aurat Dalam Islam
Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yang ada pada badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan untuk melihatnya(bukan mahram)".
Perbezaan batas-batas aurat bagi seseorang ialah kerana hubungan keturunan dan kerana tali ikatan akibat perkahwinan,seperti mertua,menantu,ipar duai dan sebagainya serta kerana penyusuan..
AURAT-AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
Para alim ulama mazhab telahpun mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza bagi aurat ketika bersendirian,baik lelaki mahupun perempuan.
Bagi Imam Hanafi dan Imam Hambali,mereka berpendapat bahawa aurat ketika bersendirian adalah sebagaimana yang telah di larang terhadap seorang yang mukallaf(orang yang telah dituntut untuk beramal dengan suruhan dan meninggalkan segala bentuk larangan) daripada mendedahkan auratnya dihadapan orang yang diharamkan untuk melihatnya.Makanya dengan itu jualah di larang kepada kita supaya jangan mendedahkan aurat ketika bersendirian sekalipun.Kecuali apabila kita berada di dalam keadaan dharurat atau di dalam keadaan terpaksa membukanya.seperti mana yang kita semua sedia maklum tentang keadaan ketika kita sedang qodho hajat atau ketika sedang mandi.Maka apabila ketika sedang kita di dalam keadaan yang dharurat,bolehlah kita membukanya.
Manakala sementara bagi pendapat dan pandangan Imam Maliki dan Imam Shafie,aurat ketika kita sedang bersendirian adalah tidak diharamkan mendedahkan auratnya bahkan hanyalah makhruh sahaja kecuali pada ketika kita sedang di dalam keadaan yang dharurat.Makanya apabila kita sedang di dalam keadaan dharurat,diharuskan kepada kita untuk membukanya.
BATAS-BATAS AURAT KAUM LELAKI
Di dalam hadis riwayat Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Abu Daud,dan Imam At-Turmuzi dinyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telahpun bersabda yang maksudnya:
"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lainnya,demikian jugalah wanita juga tidak boleh melihat aurat wanita yang lainnya juga.tidak boleh 2 orang lelaki berada(tidur) di dalam 1 selimut,demikian jugalah bagi wanita dilarang berbuat yang demikiannya".
Para alim ulama’ mazhab mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang cukup berbeza-beza mengenai had serta batas-batas aurat lelaki.Sama ada melihat atau di lihat oleh orang lainnya.
Bagi pendapat dan pandangan hukum Imam Hanafi dan Imam Hambali "lelaki diwajibkan untuk menutupi auratnya di antara pusat hinggalah melebihi paras lutut daripada dilihat oleh lelaki atau wanita yang bukan mahramnya kecualilah kepada isterinya.Isteri boleh(harus) melihat aurat suaminya,kecuali pada kemaluannya dan demikian jugalah bagi suami kepada isterinya.Ini adalah kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makhruh hukumnya.
Manakala bagi pendapat dan pandangan hukum menurut Imam Maliki dan Imam Shafie; "Aurat kaum lelaki ada 2 keadaan.(1).Auratnya dengan sesama lelaki dan wanita yang mahram dengannya.(2).Auratnya dengan wanita yang bukan mahram dengannya.Keadaannya dengan golongan yang pertama,iaitu dengan lelaki dan wanita yang mahram dengannya adalah di antara atas pusat hinggalah melebihi paras lutut sahaja.Manakala dengan golongan yang ke 2,iaitu sesama dengan wanita yang bukan mahram dengannya adalah seluruh badannya itu aurat bagi mereka.Ertinya di sini adalah seluruh tubuhnya adalah dilarang untuk di lihat oleh kaum wanita yang bukan mahramnya.Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan hujung-hujung aurat lelaki boleh di lihat oleh wanita yang bukan mahramnya apabila aman daripada fitnah.Sementara Imam Syafie mengharamkan melihat dengan mata"(Rujuk kepada kitab Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib Al-Arba’ah).
BATAS-BATAS AURAT PEREMPUAN
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami karena wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki karena mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh,wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
13 June 2009
Politik Wang Dan Kesannya Ke Atas Akidah
Gelaran ini tidak hanya diakui oleh umat baginda, bahkan seluruh masyarakat Arab waktu itu turut menyanjungi kejujuran baginda. Inilah buktinya bahawa kepimpinan hari ini adalah berwibawa jika ada kejujuran dan ketegasan terhadap perkara kebenaran. Dalam konteks negara kita, usaha kerajaan untuk membasmi gejala rasuah, politik wang, penyelewengan dan salah guna kuasa merupakan manifestasi daripada intipati sifat al-Amin dalam konteks kepimpinan yang diredai Allah s.w.t.
Justeru itu, dalam konteks dasar kerajaan memerangi gejala rasuah tersebut adalah bertepatan dengan kaedah dan ajaran yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam harus diciptakan menjadi umat yang mempunyai semangat jihad untuk melawan apa jua bentuk rasuah.
Pengajaran penting daripada tindakan yang diambil oleh kerajaan ke atas isu-isu yang berkaitan dengan politik wang adalah untuk melahirkan semangat jihad memerangi rasuah. Dan yang terpenting, orang yang memimpin itu adalah orang yang dipercayai dan jujur. Justeru itu tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO terhadap mereka yang didapati bersalah mengamalkan politik wang adalah bukti ketegasan parti tersebut dalam menangani masalah rasuah di kalangan ahli politik.
Persoalannya, mengapa sesetengah anggota masyarakat kita berkecenderungan untuk melakukan rasuah? Jawapannya, sudah tentu kerana tidak ada kejujuran, iaitu tidak berani untuk melihat kelemahan diri sendiri serta kekayaan yang dimiliki. Golongan ini sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri walhal ketakutan itu berpunca daripada dalam dirinya.
Perlu diingat bahawa orang yang memberi rasuah juga berdosa dan yang mengambil atau menerimanya juga berdosa. Bagaimana seandainya tidak ada orang yang memberi walaupun dipinta, maka sudah tentu rasuah tidak akan berlaku. Begitu juga seandainya tidak ada orang yang meminta, maka sudah pasti orang yang memberi rasuah juga tidak akan wujud. Inilah penyakit yang sukar diubati dan dihidapi oleh sesetengah pemimpin Melayu-Islam hari ini.
Permasalahan politik wang seakan-akan satu permasalahan yang tidak berkesudahan. Sebagai seorang Muslim yang meyakini akan adanya hari pembalasan dalam kehidupannya, tentunya tidak menganggap permasalahan ini sebagai perkara biasa sahaja. Malah kesan daripada perbuatan rasuah ini akan mengikis akidah keimanan seseorang itu. Golongan ini terlalu meyakini bahawa wang adalah segala-galanya – dengan wang mereka boleh menperoleh kuasa. Mereka seumpama Firaun yang tidak menpercayai Allah s.w.t kerana bagi mereka harta dan kekayaan itulah kekuasaan. Percayalah bahawa kepimpinan atau kekuasaan yang diperoleh secara haram itu tidak akan kekal lama kerana ianya tidak diredai Allah s.w.t.
Dalam hal ini, terdapat hadis sahih daripada Nabi s.a.w, bahawasanya baginda (yang bermaksud) “melaknat perasuah dan orang yang dirasuah.” (Riwayat Abu Daud)
Sememangnya rasuah itu adalah salah satu daripada dosa besar, manakala rasuah yang paling keji dan besar dosanya ialah rasuah yang berkaitan dengan hukum atau undang-undang kerana yang menetapkan hukum itu hanya Allah s.w.t, dan manusia sebagai pelaksana sahaja. Melakukan penyelewengan dalam hukum bererti melanggar perintah Allah s.w.t.
Hal ini dapat dijelaskan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Rasuah dalam urusan yang berkaitan dengan hukum adalah kufur.” (Riwayat at-Tarmizi)
Untuk menggambarkan perlakuan itu adalah perbuatan tercela dan berdosa besar, Nabi Muhammad s.a.w membuat perbandingan dengan salah satu daripada bentuk riba yang boleh menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam neraka. Pengamal atau penerima rasuah, pemberi dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan gejala tersebut dikira sama sahaja sebagaimana juga pemakan riba dan pemberi, saksi dan orang yang menguruskannya sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberinya, orang yang menguruskannya dan saksinya, mereka itu adalah sama.” (Riwayat Muslim)
Seseorang yang menginginkan seuatu jawatan atau kedudukan terhormat dalam pemerintahan, ditakuti kemungkinan besar akan mengorbankan agamanya demi mencapai keinginannya itu. Dia rela melakukan apa sahaja meskipun perbuatan maksiat demi untuk mendapatkannya atau mempertahankan kedudukan yang telah diraih.
Rasulullah s.a.w juga pernah menolak permintaan salah seorang sahabat yang datang meminta agar diberi jawatan dalam pemerintahan. Lantas baginda bersabda yang bermaksud: “Kami tidak akan memberikan jawatan dalam pemerintahan ini kepada orang yang memintanya dan bercita-cita untuk mendapatnya.”
Alasan penolakan ini kerana setiap orang yang bercita-cita tinggi ini sudah tentu berani untuk melakukan apa sahaja demi mendapatkan jawatan tersebut. Ini juga adalah kerana perkara ini dapat menghalangi taufik Allah s.w.t dalam memenuhi tanggungjawabnya. Mereka terlalu berani dan tidak takut kepada undang-undang dan sanggup menghabiskan wang yang banyak demi untuk mendapat dan menpertahankan jawatan itu. Namun apabila jawatan dalam pemerintahan itu diberikan kepada orang yang tidak menginginkannya atau tidak menyukainya, maka Allah s.w.t akan memberinya taufik dan akan menbantunya dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Penyerahan kuasa atau perlantikan seseorang pemimpin yang tidak benar-benar layak sudah pastinya tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sepatutnya. Dalam konteks ini, ia memiliki ‘peluang dan ruang’ untuk melakukan pengkhianatan atau penyelewengan. Pengkhianatan dan penyelewengan itu bukan sahaja dari kalangan pemimpin itu, bahkan orang yang terlibat sama dalam proses perlantikan dan pemilihan juga dikira sebagai pengkhianat kerana mereka sudah tahu orang yang mereka akan lantik tidak boleh melaksanakan tugas. Apatah lagi kalau pemilihan tersebut atas dasar sentimen kepuakan atau kekayaan semata-mata, bukan atas dasar kelayakan dan pemilihan yang tepat.
Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w dalam satu hadis baginda yang bermaksd: “Manusia apabila melihat kemungkaran, tidak merubahnya, maka dipastikan hampir sahaja Allah menimpakan seksaan-Nya secara menyeluruh.” (Riwayat Ahmad)
12 June 2009
Hukum Yoga
Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin yang juga merupakan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan. Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan. Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.
Hukum Bulu Kucing
BINATANG YANG HALAL DIMAKAN DAGINGNYA
Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis).
Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang tafsirnya :
“Dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Surah An-Nahl ayat ).
Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis. Adapun anggota yang lain selain bulunya jika di potong atau dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia dihukumkan sebagai bangkai.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radiallahuanhu yang maksudnya : Bahawasanya Rasulullah Sallalahahu Alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol unta dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda : “Apa yang dipotong daripada yang hidup adalah bangkai.” (Hadis riwawat Al-Hakim) Hadis ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di mana bulu bianatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang itu hidup adalah suci. Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah daripada manusia, ikan atau belalang ia adalah suci.
BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA
Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).
SYAK PADA KESUCIAN BULU BINATANG
Ada kalanya kita terjumpa bulu binatang dan kita tidak mengenali sama ada bulu binatang itu suci atau najis. Maka, jika terjadi syak, adakah bulu yang terpisah dari binatang itu datangnya dari yang suci ataupun yang najis, maka bulu itu di hukumkan suci kerana menurut hukuman asal adalah suci, dan telah berlaku syak pada kenajisannya sedang hukum asal adalah tidak najis. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115). Sebagai contoh baju yang diperbuat daripada bulu binatang sedang tidak diketahui sama ada bulu tersebut datangnya daripada binatang yang halal dimakan ataupun sebaliknya atau ia daripada binatang yang disembelih ataupun bangkai, maka dalam hal ini baju tersebut adalah suci.
BULU PADA ANGGOTA YANG TERPOTONG
Bulu yang ada pada anggota binatang yang tidak halal dimakan yang terpotong ketika binatang itu masih hidup adalah najis apatah lagi sesudah mati, seperti ekor kucing yang terpisah atau terpotong. Kerana ekor yang terpotong itu bangkai, maka bulu yang ada pada ekor itu juga adalah najis.Demikian juga halnya dengan bulu yang ada pada anggota binatang yang halal dimakan yang terpotong ketika hidup ataupun mati tanpa disembelih adalah najis, seperti ekor kerbau yang berbulu dan terpisah atau terpotong. Kerana ekor kerbau itu terpotong ketika ia hidup atau terpotong setelah ia mati bukan kerena disembelih adalah bangkai, maka bulu ekor itu juga adalah najis. Jika dicabut bulu binatang yang halal dimakan ketika hidup sehingga tercabut bersama-samanya akar bulu tersebut dan melekat padanya sesuatu yang basah daipada bulu itu seperti darah atau sebagainya, maka bulu itu mutanajjis (yang terkena najis atau bercampur najis). Akan tetapi ia boleh menjadi suci jika dibersihkan. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).
PENGGUNAAN BULU BINATANG
Daripada penjelasan sebelum ini, mana-mana bulu yang dicabut daripada bangkai aatau dicabut daripada binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya adalah najis. Maka setiap penggunaan kesemua benda-benda yang najis, menurut pendapat yang sahih adalah tidak harus memanfaatkannya sama ada dibuat pakaian atau perhiasan di badan melainkan jika ada darurat. Sementara penggunaan selain daripada pakaian atau perhiasan badan adalah diharuskan jika najis itu bukan datangnya daripada anjing dan babi.Apa yang dimaksudkan dengan darurat itu ialah, seperti terjadinya peperangan yang mengejut atau takut atas terjadi sesuatu pada dirinya kerana kepanasan atau kesejukan ataupun sebagainya, lalu tiada pakaian lain selain yang najis, maka harus dipakai pakaian itu kerana darurat kecuali dipakai ketika sembahyang. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab As-Shalah, Bab Ma Yukrah Lubsuhu Wa Ma La Yukrah, Fashal Fi At-Tahalli Bi Al-Fidhah ayat 4/387).
Oleh itu, dapatlah difahami bahawa setiap penggunaan bulu binatang yang najis sama ada dijadikan pakaian atau perhiasan di badan adalah tidak diharuskan oleh syarak melainkan jika ada darurat.
HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG
Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).
Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya?
Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya. Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).
Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
02 June 2009
Syariah Islam Dan Hukum Fiqh
Walau bagaimanapun, bilangan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah adalah terlalu terhad untuk meliputi setiap kes dalam kehidupan manusia. Teks al-Quran atau hadis jika dikira, adalah sangat terhad berbanding perubahan masa, budaya, dan sistem sosial umat di seluruh dunia sejak beribu tahun yang lampau hingga kini. Atas sebab inilah Allah s.w.t tidak menurunkan al-Quran dalam bentuk kes-kes terperinci, tetapi memberi panduan serta prinsip umum yang boleh dipakai oleh segenap masyarakat dunia pada setiap masa. Prinsip-prinsip umum ini tidak akan berubah selama-lamanya, tetapi pada masa yang sama memberikan fleksibiliti kepada umat Islam untuk menganalisis dan melaksanakan sesuatu hukum, sesuai dengan ciri-ciri khusus mereka.
Prinsip-prinsip dan hukum yang bersifat umum di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah ini akan diinterpretasikan oleh para sarjana untuk dilaksanakan dalam realiti kehidupan umat Islam. Proses melakukan interpretasi terhadap teks, seterusnya menganalisis dan melaksanakan hukum ini dinamakan ijtihad. Menurut Yusuf al-Qaradawi, di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah, secara umumnya terdapat dua bentuk hukum iaitu hukum yang bersifat putus dan jelas dan hukum yang bersifat spekulatif. Hukum yang bersifat putus dan jelas ini adalah merupakan prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak akan mengalami sebarang perubahan lagi. Manakala hukum yang bersifat spekulatif, menurut al-Qaradawi lagi, sengaja ditinggalkan begitu untuk memberikan fleksibiliti kepada para mujtahid, untuk mengeluarkan hukum yang sesuai dengan realiti semasa mereka dan berkesinambungan dengan prinsip-prinsip asas Syariah.
Perlu difahami sebelum seseorang itu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang disangka bermutu tetapi sebaliknya menyerlahkan kedangkalan ilmu, Syariah dan hukum fiqh adalah berbeza sifatnya. Syariah, ialah prinsip2 yang telah dinyatakan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah. Syariah tidak akan berubah, sejak dari nabi Muhammad hingga ke hari kiamat. Berbeza dengan hukum fiqh. Hukum fiqh terhasil daripada ijtihad para mujtahid. Hukum fiqh tidak bersifat muqaddas, dan boleh ada kemungkinan perubahan dan kesilapan. Ini kerana, hukum fiqh ialah tafsiran, interpretasi para mujtahid pada setiap zaman, sesuai dengan realiti dan kemaslahatan masyarakat zaman mereka. Justeru, perubahan hukum fiqh berasaskan kepada perubahan zaman adalah satu prinsip Syariah yang mahukan kemaslahatan tertegak pada setiap masa dan tempat. Inilah prinsip yang tidak berubah. Yunus atau Ismail tetap yunus dan ismail, walau pakaian fesyen jenis apa yang dia pakai.
Dalam dunia moden hari ini, dengan wujudkan perkembangan sains bio-genetik, telekomunikasi, perniagaan, perbankan dan sistem kewangan, sudah tentu proses ijtihad semakin diperlukan untuk menyesuaikan pelaksanaan hukum fiqh dengan realiti semasa. Para sarjana Islam bagaimana pun telah menetapkan beberapa kaedah supaya ijtihad yang dilakukan oleh seseorang sarjana itu tidak lari daripada prinsip-prinsip asas Syariah yang dinamakan sebagai kaedah Usul al-Fiqh. Berasaskan teori-teori dalam disiplin ilmu Usul Fiqh inilah para sarjana melakukan ijtihad sama ada berasaskan empat sumber al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma` atau al-Qiyas. Selain daripada sumber utama ini, para ulama’ juga telah mengemukakan pelbagai doktrin dan kaedah iaitu al-istihsan, al-istishab, al-masalih al-mursalah, sadd al-dhara’i` dan al-`urf untuk memastikan Syariah Islam berjalan di atas semangat “maqasid al-syari’ah�nya yang sebenar. Sumber-sumber sekunder inilah yang memberi ruang yang luas kepada para mujtahid untuk melakukan ijtihad.
Dalam urusan perniagaan, atau kewangan, fiqh al-mu`amalah memainkan peranan yang besar untuk menentukan hukum-hukum yang sesuai bagi memastikan tercapainya kehendak-kehendak Syariah (maqasid al-syariah) dengan tepat. Perubahan bentuk urus niaga dan perniagaan pada masa kini memerlukan sumbangan yang tidak sedikit daripada ijtihad para ulama’. Ijtihad para ulama’ silam yang berasaskan kemaslahatan masyarakat dalam realiti semasa mereka perlu dikaji semua berasaskan sumber-sumber Syariah sama ada sumber utama mahupun sumber sekunder. Seperti yang dijelaskan, al-`Urf, dianggap satu sumber sekunder yang penting, dalam proses analisis para sarjana untuk menentukan hukum.
BAGAIMANA IJTIHAD BERLAKU?
Ijtihad ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Ijtihad proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.
Sekiranya sesuatu dalil teks telah jelas dan putus, jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan dalil itu pula disahkan berautoriti, maka ijtihad tidak lagi perlu. Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil pengajaran2 di dalam sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan.
Hanya para sarjana yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian terhadap hukum ini. Jika sarjana itu kurang layak dalam satu -satu aspek, tetapi amat pakar dalam aspek2 yang lain, maka dia boleh mendapatkan kepakaran2 daripada para sarjana lain. Konsep ini dipanggil ijtihad kolektif, yang berasaskan kepada specialist (tajazzu' al-ijtihad). Contoh mudah ialah penentuan hukum dalam euthanasia atau mercy killing. Ketika ini, mungkin para sarjana fiqh dan sarjana perubatan boleh bergabung fikiran untuk melakukan ijtihad secara kolektif. Begitu juga dalam kes-kes seperti GM Food atau Genetically Modified Food, para sarjana fiqh perlu mendapatkan pandangan2 pakar dalam bidang bio-tech and vice verca.
Kajian mendapati terlalu banyak kes kes hukum fiqh terutama dalam bab-bab kepenggunaan yang wujud di dalam fiqh terdahulu memerlukan perubahan dalam konteks semasa. Fiqh yang terbina dalam konteks umat dahulu tersusun di atas asas penyelidikan yang terhad dalam ruang lingkup teknologi dan situasi semasa mereka.
Popular Posts
-
Apakah hukum bagi seorang muslimah yang melambatkan solat fardhu dan apabila hendak mengerjakannya didapati haidhnya tiba? Bagaimanakah kead...
-
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu bina...
-
Berikut adalah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, dalam makalah ini berbagai permasalahan tentang mazhab akan dibincang secara ringkas, pe...
-
I‘tikaf ialah suatu ibadah yang mempunyai kelebihan dan hikmat tertentu. Di antaranya membersihkan hati daripada sifat-sifat yang tercela, m...
-
1.0 Muqaddimah Siasah Syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum sya...
-
Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek ag...
-
Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yan...
-
Syariah Islam menetapkan bagi setiap sesuatu amalan manusia tidak terlepas daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah. Hukum yang ditetapkan ...
-
Ada empat istilah asas Fiqh yg membingungkan: Ijtihad, Ittiba', Talfiq dan Taqlid. Kita jelaskan secara mudah: a. Ijtihad: mencurahkan...
-
Syarat-syarat haji menurut Mazhab Hanafi 1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir, hajinya tidak sah. 2. Akal, tidak wajib bagi orang g...