Ada empat istilah asas Fiqh yg membingungkan: Ijtihad, Ittiba', Talfiq dan Taqlid. Kita jelaskan secara mudah:
a. Ijtihad: mencurahkan daya fikir secara maksima dalam mencapai ketentuan hukum syara'. Ia dicapai melalui dua atau tiga jalan: Takhrij (mengeluarkan hukum dari dalil dan nas), Tarjeeh (banding dan ambil pendapat yg terkuat) atau tahqeeq (menilai dalil dan maqosyid syara') Para mujtahid ini ujud disepanjang sejarah dan pada penghujung abad ke 4Hijrah, disyorkan pintu ijtihad ini ditutup memandangkan Khilafah Islam telah gazettekan madzhab2 tertentu utk diikuti dan pendapat2 fiqih semuanya sudah dibukukan. Jika ijtihad terus dibuka akan menimbulkan kekacauan. Pendapat ini dibenarkan beberapa abad hingga dibuka semula oleh gagasan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh (Prof Mahmud Syaltut, Muqaranatul madzhab fi Fiqhi)
b. Ittiba' : pengambilan hukum dgn mengetahui dalil dan alasan2nya dan ia diketahui dgn jalan yg ditunjuki oleh mujtahid.
Dua cara ini (ijtihad dan ittiba') adalah dua cara yg paling selamat. (Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa:20/212)
c. Taklid = Menerima pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Taklid ini tidaklah ditegah cuma ia tanda dangkalnya ilmu seseorang. Seperti mana kata Imam Ibn Taymiyah (ibid/212) tanda dangkalnya ilmu seseorang ialah bila agamanya di landasi dgn taklid kpd orang lain.
d. Talfiq: gabungan pendapat2 dari pelbagai madzhab atau mujtahid. Jika taklid selalunya hanya kepada seorang mujtahid atau madzhab, Talfiq pula bila seseorang mendapatkan pendapat dari banyak sumber.
Rumusan: Ke empat-empat cara ini berlaku di sepanjang masa.
Taklid ada disebut dalam alQur'an: "kerana itu bertanyalah kpd orang2 yg mengetahui jika kamu tidak tahu" terjemah ayat anNahlu: 45.
Oleh itu orang yg ada kemampuan belajar dan memiliki ilmu agama: wajib menjawab bila ada yg bertanya. Wajib juga ittiba' utk lebih keyakinan beragama; bagi yg tidak ada ilmu, wajib pula bertanya dan tidak ada kesalahan mencari banyak orang berilmu utk ditanya. Ijtihad-Ittiba'-Taklid-Talfiq berlaku disepanjang masa bermula dari zaman nabawi-Khulafa' arrasyidin-zaman madzhab dan zaman sekarang. Yang dicela ialah malas belajar dan fanatik madzhab dan Imam sahaja (Prof Ahmed Syurbasyi, Yas-aluunak; Muhaddith alBania, Fatawa Medina alMunawarrah)
Islam adalah agama yang dibawa oleh Allah swt dengan sebuah agama yang murni, harmoni, syumul dan luhur. Ia digambarkan dengan keperibadian Rasulullah saw yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri Rasulullah ini telah memberi keamanan dan rahmat seluruh alam. Sebagaimana firman Allah swt: "Tidaklah AKU utuskan engkau wahai MUHAMMAD melainkan menjadi rahmat seluruh alam" (al-Anbia': 107)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Apakah hukum bagi seorang muslimah yang melambatkan solat fardhu dan apabila hendak mengerjakannya didapati haidhnya tiba? Bagaimanakah kead...
-
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu bina...
-
Berikut adalah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, dalam makalah ini berbagai permasalahan tentang mazhab akan dibincang secara ringkas, pe...
-
I‘tikaf ialah suatu ibadah yang mempunyai kelebihan dan hikmat tertentu. Di antaranya membersihkan hati daripada sifat-sifat yang tercela, m...
-
1.0 Muqaddimah Siasah Syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum sya...
-
Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek ag...
-
Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yan...
-
Syariah Islam menetapkan bagi setiap sesuatu amalan manusia tidak terlepas daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah. Hukum yang ditetapkan ...
-
Ada empat istilah asas Fiqh yg membingungkan: Ijtihad, Ittiba', Talfiq dan Taqlid. Kita jelaskan secara mudah: a. Ijtihad: mencurahkan...
-
Syarat-syarat haji menurut Mazhab Hanafi 1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir, hajinya tidak sah. 2. Akal, tidak wajib bagi orang g...
No comments:
Post a Comment