26 December 2009

Tidak Sah Solat Jenazah Tanpa Wudhuk

1. Ada orang kata selepas memandikan jenazah, tak boleh lagi sentuh kulit jenazah itu takut batal wudhu’, betulkah?

Jawapannya: Yang batal wudhu’ ialah orang yang hidup, bukannya orang yang sudah mati. Itupun orang yang tertentu sahaja. Kalau anak, adik beradik, ibu bapanya dan orang2 yang tidak batal wudhu’nya jika bersentuh kulit ketika hidup. Adapun isteri dan ajnabi yang berlainan jantina, sudah tentu batal wudhu’ orang yang menyentuh.

2.Ada ustaz yang kata solat jenazah tak wajib ada wudhu’. betulkah?

Jawapannya: Tidak betul. Tidak sah solat apa sekalipun tanpa wudhu’. Tak tahulah ulama’ mana yang dia ambil pendapat itu. Kena tengok kitab dahulu…


Jawapannya di dalam Majmuk syarah muhazzab jilid 5, mukasurat 222 hingga 223karangan Imam Nawawi rahimahullah;

“Telah sepakat nas-nas Syafie dan ashab(nya) bahawasanya disyaratkan bagi sahnya solat jenazah akan suci dari hadas, dan suci dari najis pada badan, pakaian, tempat, dan (wajib) tutup aurat dan menghadap kiblat …”(m/s 222)

Dan di sisi mazhab2 ulama’, Imam Nawawi menyebutkan ;

“Telah kami sebut bahawa dalam mazhab kami, solat jenazah tidak sah tanpa taharah, dan maknanya sekiranya boleh berwudhu’, tidak sah (solat jenazah) tanpa wudhu’. Sekiranya tiada air, digantikan dengan tayammum. Dan tidak sah tayammum dalam keadaan ada air walaupun sekiranya takut luput waktu sekalipun. Inilah pendapat Malik(bin Anas), Ahmad(bin Hanbal), Abu Tsaur, dan Ibnul Munzir. Dan Imam Abu Hanifah berkata harus tayammum dalam keadaan ada air walaupun takut luput waktu sekiranya sibuk berwudhu’(kerana panjang masa ambil wudhu’). Dan (pendapat Abu Hanifah) diceritakan juga oleh Ibnul Munzir daripada Atta’, Salim, Az Zuhri, Ikrimah, An Nakha’ie, Saad bin Ibrahim, Yahya Al Ansari, Rabi’ah Al Laith, As Tsauri, al Auza’ie, Ishaq, Ashabur Ra’yi(Ulama2 Hanafiah), dan satu riwayat dari Imam Ahmad. Dan berkata As Sya’bi, Muhammad bin Jarir at Tabari dan puak Syiah bahawa HARUS SOLAT JENAZAH TANPA TAHARAH walaupun dlam keadaan mampu untuk berwudhu’ dan bertayammum kerana ianya(solat jenazah) adalah doa. Berkata tuan kitab al Hawi dan lainnya,”Inilah (pendapat)yang dikatakan oleh As Sya’bi sebagai PENDAPAT YANG BERCANGGAH DENGAN IJMA’, MAKA JANGAN MENILIK KEPADANYA.” (M/S 223).

Cukuplah setakat itu sahaja sebagai bukti bahawa BERSUCI adalah syarat sah solat jenazah. Imam Nawawi berhujjah lagi selepas itu dengan membawa dalil Qur’an dan hadis yang menunjukkan bahawa solat jenazah memang dipanggil solat, bukan setakat do’a yang menjadi hujjah Syiah dan beberapa ulama’ yang sealiran dengan mereka.

Rujukan:

1.Majmuk syarah muhazzab jilid 5, mukasurat 222 hingga 223karangan Imam Nawawi rahimahullah;

2.ibnuabbas.wordpress.com

21 December 2009

Mulianya Seorang Isteri Di Sisi Alah swt

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.......

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Juga berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Solat Musafir

Dalam islam terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan di dalam solat kepada para musafir yang keluar dengan tujuan yang baik. Ia merupakan satu keringanan yang diberikan oleh Allah sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam.

Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya :




AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
Tujuan is bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah

Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat

Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman

Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.

Membaca doa ketikan hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan

Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat.




SOLAT DALAM KENDERAAN

Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat selat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.

Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tapa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.



PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN

Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan

Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.

Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram

Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa

Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.

Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.

Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal sepeertu biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.

Kita tidak perlu mengubah tempat duudk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.





APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?


Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.

Apbila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

Usul al-fiqh

Ilmu Usul al-Fiqh (Bahasa Arab: أصول الفقه) merupakan merupakan salah satu cabang ilmu yang berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana masalah ini tidak dijumpai sebarang nas-nas dari al-Quran atau as-Sunnah.

Pengertian Ilmu Usul al-Fiqh
Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.


Sejarah Perkembangan Ilmu Usul al-Fiqh

Zaman Rasulullah S.A.W.
Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (al-Quran) dan penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendiri. Namun, terdapat sebahagian Sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Zaman Sahabat
Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada para Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran dan as-Sunnah kerana:

1.penguasaan bahasa Arab yang baik;
2.mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab wurud al-hadis;
3.mereka merupakan para Perawi Hadis.
Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengistinbatkan hukum-hukum. Mereka menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias. inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib. Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma'.


Zaman Tabi'in
Pada zaman ini, cara ulama' mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan zaman Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatana Rasulullah S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma', mereka akan merujuk kepada pandangan para Sahabat sebeum berijtihad. Oleh sebab itu idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul ketika itu. Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi'in seperti Sa'id bin al-Musayyib, 'Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha'i.

Zaman Kemunculan Ilmu Usul al-Fiqh
Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah. Bilangan umat Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya percampuran antara orang Arab dan bukan Arab. Kesannya, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan orang-orang Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas. Hal ini menyebabkan para ulama' mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana ilmu Usul al-Fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.


Pengasas Ilmu Usul al-Fiqh
Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam sebuah kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-Syafie. Kitab ini membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.

Skop Perbahasan Ilmu Usul al-Fiqh
Antara skop perbahasan dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah:

1.Dalil-dalil syarak: merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak disepakati.
2.Dilalah (دلالة): merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.
3.Ta'arudh dan Tarjih (تعارض وترجيح): perbahasan tantang percanggahan antara dalil-dalil serta Jalan jalan penyelesaiannya.
4.Ijtihad dan Mujtahid: merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.
5.Hukum-hukum Kulli: merangkumi hukum-hukum taklifi dan hukum wad'ie.

Popular Posts