26 July 2009

Kitab-Kitab Utama Dalam Ilmu Hadis

1. Shohih al-Bukhari

- Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muhammad Bin Ismail al-Bukhari, lahir pada 13 Syawal tahun 194 H, wafat pada 256 H.

- Tergerak hati untuk mengumpulkan hadith2 shohih apabila mendengar kalam salah seorang gurunya iaitu Imam Ishak Rahawaih berkata “ Sekiranya kamu mengumpulkan sebuah kitab yang ringkas bagi hadith2 shohih dari Nabi SAW”
- Kitab beliau menduduki tangga teratas selepas al-Quran. Menurut Ibn Hajar al-asqolani dalam muqaddimah Fath al-Bari Shohih Bukhari mempunyai 7398 hadith dengan perulangan. Tanpa perulangan sebanyak 2602 hadith.

- Lebih utama daripada shohih Muslim kerana :

a) Imam Bukhari mensyaratkan setiap perawi yang mengambil dari perawi lain mesti berada dalam satu zaman dan mesti berjumpa sekurang-kurangnya sekali. Manakala Imam Muslim hanya mensyaratkan berada di satu zaman, tanpa syarat berjumpa.

b) Imam Bukhari lebih merupakan seorang yang faqih berbanding Imam Muslim.

c) Imam Bukhari tidak mengambil hadith dari Imam Muslim, manakala Muslim mengambil dari Bukhari.

d) Bukhari mengkaji perihal perawi.

e) Para perawi yang dikritik dalam sanad hadtih dalam shohih Bukhari hanya lebih kurang 80 orang sahaja. Manakala Muslim lebih kurang 160 orang. Dalam keadaan Bukhari mengambil Hadith dari guru2nya yang amat dikenalinya, kebanyakan guru2 nya telah dikritik sebagai dhoif, tetapi beilau lebih kenal akan guru2nya daripada para pengkritik.

f) Kurangnya pengkritik ke atas Bukhari dari sudut ‘syaz’ dan ‘illah’ berbanding Muslim. Bukhari sebanyak 78, manakala Muslim sebanyak 130.


- Kitab syarah dan ringkasan Shohih Bukhari terlampau banyak, hinggakan kitab syarahnya sahaja mencecah 82 buah ( Sila lihat Kasyf az-Zunun)

- Syarah Bukhari yang paling popular adalah :

a) I’lam as-Sunan, Imam al-Khattabi ( 386 H)

b) At-Tanqih, Imam Badr al-Deen al-Zarkasyi (794 H)

c) Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-asqolani (852 H)

d) Umdah al-Qari, Badr ad-din al-‘aini (855H)

e) At-Tawsyikh, Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti (911H)

f) Irsyad al-Sari, Ahmad Bin Muhd al-Qastalani (923 H)


- Kitab khusus yang meneliti perawi2 di dalam shohih Bukhari :

a) Asma’ Rijal Shohih al-Bukhari, Ahmad Bin Muhd Al-Kalabazi (398 H)

b) At-Ta’dil wa at-Tajrih liman kharaja ‘anhu al-Bukhari, Al-Hafiz Sulaiman al-Baji (474 H)
2. Shohih Muslim

- Ditulis oleh Imam [[b]color=red]al-Hafiz Muslim Bin Hajjaj al-Qusyairy al-Nisaburi[/color] lahir 204 H, wafat 261 H. Menduduki tangga kedua selepas Shohih Bukhari atas sebab2 yang dinyatakan di atas. B

- Bagaimanapun, Shohih Muslim lebih terkehadapan dari shohih Bukhari dari sudut ilmu penulisan, seperti Muslim tidak banyak perulangan hadith, begitu juga isnad. Ia juga menggabungkan seluruh hadith berkaitan dalam satu bab, juga meletakkan jalan2 (turuq) yang diredhainya. Begitu juga meletakkan isnad dan lafaz yang berbeza, yang mana ia menjadikan lebih mudah bagi pengkaji berbanding Bukhari.

a. Hadith di dalamnya sebanyak 7275 dengan perulangan, sebanyak 4000 tanpa ulang.

b. Imam Muslim mempunyai kaedah tersendiri yang hebat dalam menringkaskan sanad menurut keadah matematik.

c. Kitab syarahnya mencecah 15 buah. Yang terpopular :

i. Al-Mu’lim bi fawaid Muslim, Imam Muhd Ali Al-Mazari al-Maliki (536)

ii. Ikmal al-Mu’allim bi fawaid Muslim, Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki (544 H)

iii. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi (676 H)

iv. Talkhis Shohih Muslim wa syarhuh, Ahmad Umar al-Qurtubi (656H) - kitab ikhtisor Muslim

v. Mukhtasor al-Hafiz Zaki ad-Din al-Munziri (656H)

d. Kitab yang meneliti rijal( perawi) dalam shohih Muslim:

i. Rijal Shohih al-Imam Muslim, Ahmad Ali Manjuyah ( 428 H)

ii. Rijal al-Bukhari wa Muslim, Al-Hafiz al-Dar Qutni (385 H)
3. Sunan An-Nasaie

- Imam al-Hafiz Ahmad Bin Syuaib al-Khurasani (215 H-303H).

- Ia menduduki tempat ketiga kerana merupakan sunan yang tersedikit mengandungi hadith Dhoif.( demikian menurut Dr Mustofa as-Siba’ie dalam kitabnya as-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri’ al-Islami). Imam Suyuti pula menyatakan sunan ini adalah terbersih sanadnya dari empat sunan selepas shohihain. (lihat Zahr al-Ruba, 1/3, juga Syurut al-aimmah al-sittah, Al-Maqdisi, ms 12)

- Beliau menjelaskan perihal rawi dari sudut shohih, dan asoh, dhoif dan ad’af.

- Hadith dalam kitabnya terbahagi kepada 3 jenis:

a. Hadith yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.

b. Hadith shohih di atas syarat Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua.
c. Hadith yang terpisah dari illat hadith, difahami oleh ahli ilmu.

- Kitab syarahnya :

a. Zahru al-Ruba ‘ala al-Mujtaba, Imam As-Suyuti (911 H)

b. Ihktisharnya dikarang oleh Imam as-Sandi (1138 H)
4. Sunan Abu Daud

- Oleh Imam al-Hafiz Sulaiman bin As’ath al-Sijistani 202 H- 275 H)

- Beliau mengeluarkan hadith dari kumpulan 500,000 hadith lalu memilih yang terbaik. Sunannya mencecah 4800 hadith.

- Beliau menghadkan sunannya kepada hadith ahkam, lalu merupakan kitab hadith pertama yang bersifat kumpulan hadith ahkam.

- Jika hadith dlm kitabnya terlampau wahan, beliau akan menjelaskannya, (Ibnu Solah menaqalkan kalam Abu Daud sendiri)

- Kitab beliau istimewa kerana menyebut masalah2 furu’. Cthnya dalam Bab al-Adab yang mempunyai 80 bab. Juga mengandungi perincian terhadap sunnah perbuatan, perkataan, taqrir dan sifat Nabi.

- Syarahnya oleh :

a. Imam Al-Khattabi ( 386 H), Ma’alim as-Sunan

b. Qutb ad-Din as-Syafie (752 H)

c. Al-Syeikh Shihabuddin Ar-Ramli al-Syafie (844 H)

d. Syaraf al-Haq Abadi, ‘Aun al-Ma’bud


- Ikhtisornya oleh :

a. Al-Hafiz al-Munziri ( 656 H)

b. Imam Ibn Qayyim (751 H)- beserta syarah.
5. Sunan at-Tirmidzi / al-Jami’ li Imam at-Tirmidzi

- Imam al-Hafiz Abu Isa Muhd Bin Isa at-Tirmidzi ( 209 H - 270 H)

- Sunannya disusun menurut bab feqh dan lainnya, terkandung hadith Shohih, Hasan dan Dhoif. Beserta penjelasan darjah (kekuatan) hadith.

- Ia merupakan kitab yang khusus dalam menyatakan Hadith2 bertaraf Hasan. Ini kerana beliaulah yang pertama mengkelaskan hadith sbg Hasan lalu menjadikan kitabnya sebagai sumber utama untuk tujuan itu.

- Kitab beliau ini tidak sunyi dari kritikan para ulama’ hadith, serta dianggap beliau ‘mutasahil’ dalam men’shohih’ dan meng’hasan’ serta mengambil hadith dari rijal dhu’afak (perawi dhoif) dan ‘Matruk’. Antara yang mengkritik ini adalah al-Imam al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi ( 748 H). Rujuk Mizan al-I’tidal krgn az-Zahabi.

- Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi adalah

a. Perawi dalam Isnadnya tidak dituduh ‘al-kizb’ ( pembohong).

b. Tidak ‘syaz’

c. Diriwayatkan lebih dari satu jalan. (lihat al-ilal al-Shoghir , Imam at-Timidzi, 5/658)

- Syarhnya oleh:

a. Abu Bakar Ibn al-‘arabi (543 H) ‘aridatul ahwazi.

b. Imam As-Suyuti as-Syafie (911 H)

c. Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)

d. Abd Rahman al-Mubarakpuri al-Hindi ( 1353 H), Tuhfatul ahwazi.
6. Sunan Ibn Majah

- Oleh Imam al-Hafiz Yazid Bin Majah ( 207 H - 263 H),

- Mengandungi lebih kurang 4000 hadith.

- Ulama’ terdahulu hanya menjadikan usul utama hadith dalam 5 kitab yang disebut di atas, lalu ulama’ terkemudian meletakkan kitabnya di nombor 6 krn banyaknya manfaat dlm bidang feqh. Individu yang pertama meletakkannya di tangga ke 6 adalah, al-Hafiz Muhd Bin Tohir al-Maqdisi (507 H).

- Bagaimanapun terdapat ikhtilaf dalam meletakkan kitab hadith di tangga ke 6, ada yang memilih Muwatta’ Imam Malik, atau Sunan ad-Darimi. Ini adalah krn Ibn Majah terkenal mengeluarkan hadith dari perawi yang dituduh pembohong dan pencuri hadith.

- Syarahnya oleh:

a. Muhd Musa al-Damiri ( 808 H)

b. Imam as-Suyuti (911 H) , Misbah az-Zujajah ala sunan Ibn Majah. KITAB GABUNGAN KITAB-KITAB SUNAN, MUSNAD DAN LAIN-LAIN.

Dalam bab ini, berikut disertakan nama-nama kitab yang menggabungkan hadith2 dari pelbagai kitab, berserta manhajnya secara ringkas:

[1) Kitab yang menggabungkan Shohih Bukhari dan Muslim.

* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abu Mas'ud al-Dimashqi(401 H)•
al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Humaidi al-andalusi (488 H). Kitab beliau tidak sekadar menggabungkan tetapi dengan membuat penambahan dan penyempurnaan tanpa terikat dgn lafaz dari Bukhari dan Muslim. Menyusun kitab beliau dengan kaedah bab2 berbanding dua kitab sebelumnya yang disusun secara musnad.
* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Burqani (425 H)
* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abd Haq al-Azdi (581 H), Iltizam dgn lafaz mereka berdua, Imam Suyuti dalam Tadrib ar-Rawi menyatakan kitab ini amat penting, tetapi masih belum dicetak. Demikian menurut Dr Yusof al-Qaradhawi.
* Al-Lu’lu’ wa al-Marjan, Muhd Fuad abd Baqi
(2) Usaha menggabungkan lebih banyak kitab dalam satu kitab khas. Antara yang terutama:

* At-Tajrid li al-shahhah al-sittah, Al-Hafiz al-Ruzain al-Andalusi (535 H).
Beliau menggabungkan kitab Al-Shohihan, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmidzi, Sunan al-Nasaie dan al- Muwatta’ Imam Malik.

Kitab ini disusun dengan bab-bab dan tajuk-tajuk, ia disusun seperti yang dilakukan oleh al-Humaidi sebelumnya.

* Jami’ al-Usul fi ahadith al-Rasul, Al-Hafiz Imam Ibn Athir (606 H).

Mengandungi keenam2 kitab dalam al-Ruzain di atas. Bagaimanapun ia merujuk terus ke sumber asal dan bukan kitab al-Ruzain.

Ia menyusun menurut tajuk2 tetapi disusun dengan huruf2. seperti huruf ba’ , mengandungi hadith bab al-Bai’, al-Birr, al-Bunyan dan lain-lain.

Kitabnya mengandungi lebih 9523 hadith.

Bagi sesiapa yang ingin merujuk kitabnya, adalah terlebih baik utk membaca baba permulaan (Tamhid) yang ditulisnya.

Kitab ini telah diringkaskan oleh Az-Zubaydi (944 H) dlm kitab Taysir al-wusul Ila Jami’ al-Usul.

* Jami’ al-Masanid wa al-sunan, al-Hadi li Aqwam Sunan, Al-Hafiz Ibn Kathir Al-Syafie (774 H)

Beliau menggabungkan kitab sunan yang 6 ( seperti di atas) dan ditambah pula dengan empat buah Musnad yang popular iaitu : Musnad Ahmad, Musnad al-Bazzar, Musnad Abi Ya’la dan Mu’jam al-Tobrani al-Kabir.

Beliau menyusunnya dengan huruf Mu’jam. Yang menyebut nama sahabat menurut urutan huruf dan hadith2 yang diriwayatkan oleh sahabat tersebut.

* Majma’ az-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, Al-Hafiz Nuruddin Ibn Hajar al-Haithami Al-Syafie ( 807 H)

Menggabung sunan yang enam, dengan meletakkan Sunan Ibn Majah di tempat ke 6

Ditambah dengan Musnad Ahmad, Abi Ya’la, Al-Bazzar dan ketiga-tiga Mu’jam at-Tobrani.

Kitab ini istimewa kerana Ibn Hajar al-Haithami meletakkan darjah kekuatan Hadith samada Shohih, Hasan dan Dhoif.

Tidak diketahui jumlah hadith didalamnya. Kerana tidak dinomborkan.


* Jam’ul Fawaid min Jami’ al-Usul wa Majma’ az-Zawaid, al-Allamah Muhd Sulaiman al-Maghribi (1094 H).

Menggabung kedua-dua kitab © dan (d).

Hadith di dalamnya mencecah 10,121 hadith.

Al-Matolib al-‘Aliah bi Zawaid al-Masanid ath-Thamaniah, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani As-Syafie ( 852 H)

Memuatkan tambahan kepada kitab sunan yang enam dan musnad ahmad, dengan 8 buah musnad yang lain secara sepenuhnya iaitu : Musnad Abi Daud at-Tayalisi, Musnad al-Humaidi, Ibn Abi Umar, Musaddad, Ibn Muni’, Ibn Abi Syaibah, Abd Bin Hamid, Ibn Abi Usamah dan menambah Musnad Abi Ya’la.

Juga menambah dengan Musnad Ishak Rahawaih secara tidak sepenuhnya. Lebih kurang separuh.

Menyusun hadith2 di dalamnya menggunakan bab-bab.

Telah ditahqiq oleh Ulama’ Hadith India as-Syeikh Habib ar-Rahman al-a’zomi.

Hadithnya hanya mencecah 4702 sahaja. Malangnya Ibn Hajar tidak menerangkan hukum/darjat hadith.

* Ithaf as-Sadah bi zawaid al-Masanid al-‘asyarah, Al-Hafiz Syihabuddin al-Busairi ( 840 H)

Kitab ini ditulis pada zaman yang sama dgn kitab Ibn Hajar, Cuma Al-Busaoiri ada mengambil dari Ibn Hajar, Kedua-dua mereka berguru dgn Al-Hafiz al-Iraqi.

Kitab beliau banyak menyebut darjat hadith.

Kitab ini masih belum dicetak.


* Jam’ul Jawami’, Imam Al-Hafiz as-Suyuti (911 H)

dinamakan juga al-Jami’ al-Kabir, menggabungkan hampir 80 kitab dari kitab hadith. Mengandungi 2 jenis hadith :

Hadith2 Qawliyyah/ perkataan- disusun menurut huruf mu’jam.

Hadith2 Af’al / Perbuatan -disusun menurut musnad sahabat.

Bagaimanapun terdapat dalamnya banyak hadith munkar dan maudu’, ini menyebabkan cetakannya dihentikan.

Mengandungi lebih kurang 40,000 hadith.

* Kanzul ‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al, al-Allamah Al-Muhaddith ‘Alau al-Din al-muttaqi ( 975 H)

Menggabungkan al-Jami’ al-Shoghir Imam As-Suyuti.

Disusun menurut bab-bab feqh, menurut kaedah Jami’ al-Usul.

Mencecah hadithnya sebanyak 46 624 hadith. Bagaimanapun banyak perulangan dan bercampur-campur di antara shohih, dhoif, maqbul dan mardud.

* Al-Jami’ al-Azhar fi ahadith an-Nabi al-Anwar, al-allamah Abd Raouf al-Munawi (1031 H)

Terdapat dlmnya sebanyak 30,000 hadith.

Selepas menyebut hadith, biasanya dikuti dengan keterangan darjah Hadith.


Demikianlah, beberapa kitab utama dan gabungan kitab-kitab yang memuatkan matan-matan hadith serta sanadnya, beserta dengan beberapa kitab syarah.

Selepas mengetahui sumber2 tersebut di atas adalah sangat baik kiranya kita mengetahui kitab-kitab yang memuatkan hadith Dhoif dan Mawdu’.

Sebagai pengenalan ringkas, hadith Dhoif terbahagi kepada 10 jenis iaitu :

1. Al-Mursal 2. Al-Munqati’

3. Al-Mu’dhol 4. Al-Mudallas

5. Al-Mudhtarib 6. Al-Syaz

7. Al-Mungkar 8. Al-Mudraj

9. Al-Maqlub 10. Al-Mu’allal


Sebenarnya pembahagian dhoif adalah lebih banyak dari 10, sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafiz al-Iraqi (802 H), yang mana ia mencecah 42 pecahan. Bagaimanapun penulisan ini tidak akan memfokuskan kepada takrifan pecahan hadith2 dhoif di atas.

Dalam menentukan hadith kelemahan dan kekuatan hadith, ilmu yang mesti dipenuhi adalah ilmu dalam meneliti ‘illat’ atau ‘waham’ atau kesilapan pada matan hadith atau perawi atau sanad. Menurut Ibn Hajar al-‘asqolani ia merupakan ilmu yang sgt sukar ( Syrah nuhbah, Nuzhat an-Nazr, Ibn Hajar). Antara pakar ulama’ hadith dalam bidang mengenal illah pada sanad hadith ini adalah :

a. Syu’bah Bin Al-Hajjaj (160 H). Ibn Rejab menyatakan beliaulah individu terawal yang meluaskan perbincangan mengenai ilm al-jarh wa at-ta’di. Juga membicarakan persoalan bersambung sanad atau terputus.

b. Yahya Bin Said al-Qattan ( 198 H)

c. Imam Ahmad Bin Hanbal, beliau berguru dlm bidang ini antaranya dengan Yahya Bin Said al-Qattan

d. Ali Bin Al-Madini (234 H)- Beliau guru kepada Imam Bukhari.

e. Yahya Bin Ma’in

f. Abd Rahman bin Mahdi ( 198 H)

g. Imam Muhd Bin Ismail Al-Bukhari.

h. Imam Abu Isa at-Tirmidzi.

i. Abu Zur’ah

j. Ad- Dar Qutni (380 H)



Serta ramai lagi, antara kitab utama yang ditulis dalam bidang ini ;

1) al- ‘ilal al-waridah fi al-ahadith an-Nabawiyah, al-Hafiz Ad-Dar Qutni.

2) al-‘ilal, Abd Rahman Abi Hatim al-Razi (327 H)

3) Syarh ‘ilal at-Tirmidzi, Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)

20 July 2009

Peristiwa Isra' Miktaj

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.

Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.

15 July 2009

Ibadat Dalam Dharurat

Islam adalah satu-satunya agama yang mudah . Mudah dalam erti kata ada kelonggaran dan tolak ansur dalam mengamal dan menunuaikan abadat di dalamnya . Umpamanya dalam perkara bersuci dan pilihan untuk menggunakan selain daripada air ketika ketiadaannya.Demikian juga sembahyang dan puasa ,ada kelonggaran cara melaksanakan kedua-duanya.
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah s.w.t. di dalam ayat (286) surah Al-Baqarah yang bermaksud :
« Allah tidak memaksa individu / diri seseorang melainkan yang berupaya «

لا يكلف الله نفسا الا وسسعها
Dan ditegaskan lagi di dalam ayat (185) surah al-Baqarah:
“Allah mengkehendaki kamu mendapat kemudahan dan tidaklah ia mengkehendaki kamu beroleh kesusahan “

يريد الله بكم اليسسر ولا يريدبكم العسر

Rasulullah s.a.w pula dengan hadisnya tambah memperkuatkan penegasan tersebut dengan sabdanya:

ان الدين يسر ولن يشاد الدين احد الا غلبه
Yang bermaksud:
“Agama Islam adalah mudah ,tidak akan sanggup seseorang mempersusah-susahkan sesuatu amalan melainkan dia pasti kalah.”

Dengan demikian ,setiap individu muslim hendaklah beriktikad bahawa tiap-tiap ibadat yang fardhu / diwajibkan dalam Islam tidak boleh tidak , mesti ditunaikan dalm berpandukan cara dan pengajaran dalam ilmu Fiqah.
Oleh sebab itulah dosa dan siksaan ditimpakan ke atas seseorang yang mengingkarinya (tidak mahu menunaikan nya).
خير الا عمال ادومها وانه ق


Pengertian Ibadat dalam darurat:

Menunaikan dan melaksanakan sesuatu amal abadat fardhu dalam keadaan kesusahan,kekurangan ,ketakutan atau keuzuran.

1. Darurat dalam bersuci :

i) Kerana ketiadaan air atau ada sedikit untuk minum :

-untuk istinja’: Boleh digunakan batu atau seumpamanya seperti kayu, kertas, gabus, dan sebagainya asalkan bendaa-benda itu bukan barang / bahan makanan ,pakaian atau yang dihormati.

-untuk wudhu’: Boleh digunakan debu tanah untuk tayammum bagi mengharuskan solat.

-untuk mandi hadas: Boleh digunakan debu tanah untuk tayammum bagi mengharuskan solat.

ii) Kerana tidak boleh sama sekali menggunakan air :
-untuk beristinja’, wudhu’ dan mandi hadas sama seperti di atas.


iii) Kerana tidak boleh digunakan air pada kaki atau untuk kemudahan boleh sapu di luar khuf
( balutan / sarung kaki/ dengan tangan yang basah) selam 1 hari bagi yang menetap dan 3 hari bagi yang musafir.

Tayammum :
Menyapu muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan debu tanah dengan niat tayammum :

نويت التيمم لأستباحة الصلاة لله تعالى

Alatnya :
Debu tanah yang suci (tanah kering ditumbuk dan ditapis/diayak halus)

Caranya:

i) Letakkan debu diatas kertas yang suci atau daun pisang.

ii) Baca bismillah

iii ) Baca lafaz niatnya

iv) Letakkan tapak tangan diatas debu, angkat dan disaring .

v) Sapu ke muka sambil berniat didalam hati – sapu dari atas
ke bawah .

iiv) Letak kan tapak tangan diatas debu (bahagian lain ) ,
angkat dan disaring , sapukan ketangan kanan dahulu kemudian
tangan kiri ( dari hujung ke siku kemudian dilalukan di bahagian
pula ke tapak dan berakhir di hujung jari )

. 2)Darurat dalam mendirikan solat .
-Seseorang yang air kecilnya tidak lawas (salsilalbaul ) : boleh sembahyang dengan berbalut kemas sesudah beristinja dan wuduknya untuk satu solat sahaja.
- Perempuan yang istihadhah : sama seperti orang yang salsilalbaul
diatas .
-Seseorang yang mengalami masalah kencing tidak tus jika semasa
berdiri boleh sembahyang duduk.
-Jika tidak tus,semasa duduk boleh sembahyang,berbaring ,mengiring
atau menelentang.
-Seseorang yang terlewat sampai/masuk ke dalam solat berjemaah dan
tidak sempat takbiratul ihram bersama imam : hendaklah ia terus masuk
saf dan terus bertakbiratul ihram dan ikut apa yang sedang dilakukan
oleh imam.
-Orang musafir yang jauhnya 65 batu (105 km ) boleh memendekkan
sembahyang yang 4 rakaat jadi 2 dan menghimpun sembahtang zohor
dengan asar dan maghrib dengan isyak.

3) Darurat dalam puasa Ramadhan .

-Orang sakit tenat tidak berupaya puasa : boleh berbuka dan wajib
mengqadhanya apabila dia sembuh nanti.
-Orang yang musafir sejauh 65 batu (165 km) tidak berupaya
meneruskan puasa,haruslah dia berbuka dan wajib dia mengqadhanya
apabila dia tidak musafir lagi.
-Orang yang terlalu tua dan uzur tidak berupaya berpuasa : Bolehlah ia
berbuka dan jika ia meninggal dunia hendaklah dibayar fidyah untuknya
oleh warisnya.

4)Darurat dalam ibadat haji

-Seseorang bakal haji yang tidak menunaikan wajib –wajib haji seperti berikut : kerana uzur, terhalang dan sebagainya :

1) Ihram di miqat : boleh datang semula ke miqat makani dan
berihram atau bayar dam.
2) Bermalam di muzdalifah : boleh bayar dam.
3)Melontar di Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
4)Melontar Jamrah ula,wusta dan aqabah.
5)Bermalam di Mina pada 10,11dan 12 Zulhijjah.

-Jika salah satu daripada perkara-perkara 3dan 4 di atas tidak dapat dilaksanakan pada waktunya boleh ditunaikan pada hari berikutnya mengikut urutannya –tertibnya. Jika tidak berupaya melaksanakan perkara 5 boleh bayar dam.
-Seseorang bakal haji yang tidak berupaya berjalan untuk mengerjakan tawaf dan saie bolehlah dia menunaikannya dengan diusung (tawaf) dan ditunda dengan kereta sorong (saie) samada dengan mengupah orang lain atau dengan pertolongan saudara atau warisnya.
-Seseorang yang tidak dapat mengerjakan tawaf wada’ (selamat tinggal) dibolehkan dia terus keuar dari Mekah,balik kampung tanpa tawaf dan tanpa membayar dam.
-Seseorang yang sakit dan berada dalam hospital di Mekah pada hari wukuf di Arafah (9 Zulhijjah) : Hendaklah / bolehlah dia diangkat oleh saudara/ waris/ orang upahannya di bawa ke Arafah dan diletakkan beliau di bumi Arafah beberapa minit untuk berwukuf.Selepas itu dibawa semula ke hospital.

Penutup :
Dianjurkan kepada kita supaya tidak mencuaikan tiap-tiap ibadat seperti solat ,puasa dan lain –lain kerana tujuan kita selaku hamba Allah dijadikan adalah untuk beribadat kepadaNya.Sekali kita cuaikan dan melengah-lengahkan sesuatu abadat ianya akan terasa semakin lalai dan mungkin terus meninggalkannya tetapi sebaliknya jika kita menitik beratkannya maka kita mesti melakukannya.Firman Allah:

وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون
Bermaksud :
“Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”
Oleh kerana pengalaman masyarakat Islam Malaysia lebih meraikan feqah mazhab Syafie, maka di sini adalah lebih baik kita membuat sedikit penditilan terhadap waktu-waktu mengeluarkan zakat fitrah menurut feqah mazhab Syafie.
Sebagaimana yang telah diketahui bahawa di dalam mazhab Syafie waktu wajib zakat fitrah ialah sewaktu terbenam matahari pada malam hari raya (iaitu hari terkahir daripada bulan Ramadhan). Sungguhpun begitu tidak ada halangan bila dibayar sebelumnya asalakn di dalam bulan puasa. Dibawahini diterangkan beberapa waktu dan hukum membayar zakat fitrah pada waktu itu:
1. Waktu harus : iaitu dari awal Ramadhan sampai hari penghabisan Ramadhan. ( lihat hadis Ibnu Umar tadi )
2. Waktu wajib : iaitu mulai terbenam matahari penghabisan Ramadhan.
3. Waktu sunat : iaitu dibayar sesudah sembahyanga subuhsebelum pergi sembahyang hari raya.
4. Waktu makruh : iaitu membayar sesudah solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya.
5. Waktu haram : iaitu dibayar sesudah terbenam matahari pada hari raya.

12 July 2009

Tajdid Iman: Ilmu Dapat Jauhi Maksiat Dan Dosa

Tarbiyah diri bimbing umat Islam sentiasa harap, takutkan balasan Allah

ALI bin Abu Talib berkata: “Seorang alim dan bijaksana adalah orang yang tidak membuat muridnya berputus asa daripada rahmat Allah dan tidak pula membuat mereka merasa aman daripada pembalasan Allah.”


Kita semua adalah guru yang menonton dan membimbing hati kita sendiri supaya ia menjadi hidup dan selamat. Istilah dalam al-Quran menyebut hati sebagai ‘qalbun salim’. Untuk itu, kita memerlukan dua tonggak keimanan bagi mendapat keseimbangan dalam kehidupan.

Umpama seekor burung dengan dua sayapnya, jika satu patah, maka ia tidak boleh terbang dengan sempurna. Sifat takut dan harap kepada Allah menjadi suatu kemestian wajib dimiliki orang yang beriman.

Jika jalan menuju Allah itu jauh terbentang di hadapan, maka di sisi jalan itu ada terminal untuk mengambil bekalan. Di antara terminal itu ada dua terminal mesti disinggahi dan tanpanya kita tidak akan sampai kepada Allah Taala. Ia adalah sifat takut (khawf) dan harap (raja’) kepada Allah.

Manusia memerlukan ilmu untuk menimbulkan rasa takut kepada Allah Taala. Proses belajar dan mengkaji tidak boleh berhenti, demi mendapatkan keyakinan dalam hati hanya Allah berhak ditakuti.

Rasulullah SAW pada suatu pagi selepas menunaikan sembahyang Subuh bersama sahabat, Baginda SAW memulakan proses mengajar dan mentarbiyah mereka dengan nasihat yang menyentuh jiwa.

Sehingga seorang sahabat berkata: “Ya Rasulullah seakan-akan ini adalah wasiat terakhir darimu.” Maka Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu semua memahami seperti aku memahami, sudah tentu kamu lebih banyak menangis dan sedikit tertawa dan kalian akan keluar menuju ke padang pasir sambil berseru meminta tolong kepada Allah. Mintalah kepada-Ku, mintalah kepada-Ku!” (Hadis riwayat al-Tirmizi). Mereka menutupi wajah seraya menangis mendengar sabda Rasulullah SAW itu.

Mungkin kita sudah memiliki rasa takut kepada Allah hari ini tetapi bolehkah kita menjamin ia berkekalan hingga kita mengadap-Nya? Jiwa manusia sentiasa berubah mengikut arus menyebabkan ia hilang rasa sensitiviti ketakutan sebenar.

Antara punca manusia hilang rasa takut kepada Allah ialah menganggap remeh terhadap dosa dan maksiat, lalai dengan dunia akibat terpengaruh oleh pergaulan bebas dan hatinya sememangnya bebal.

Manakala, tanda bagi mereka yang takut kepada Allah menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ialah: “Orang yang takut pasti segera mengerjakan kebaikan sebelum maut menjemput dan sentiasa mengisi waktunya dengan kebaikan dan ketaatan.”

Bagaimana menimbulkan rasa takut kepada Allah?
• Menguasai dengan sepenuh jiwa kalam Allah dan sabda Rasul-Nya. Proses mentarbiyah diri sendiri harus berjalan sepanjang masa hingga ajal menjemput kita. Hanya ilmu yang hidup di dada membuahkan rasa takut kepada Allah.

Sumber segala ilmu adalah al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Membaca dan merenungi keduanya membuat hati menjadi lembut dan rela ditunduk. Ibnu al-Jauzi pernah berkata: “Demi Allah, seandainya seorang mukmin yang berakal membaca surah al-Hadid, penghujung surah al-Hasyr, ayatul Kursi dan surah al-Ikhlas nescaya kalbunya terpecah kerana takut kepada Allah dan tersentak kerana kebesaran dan kekuasaan Tuhannya.”

Bagaimana mungkin orang yang menghindari nasihat ulama dan benci kepada majlis ilmu memiliki rasa takut (khasyah). Jiwa tanpa agama adalah umpama seorang sudah tercabut roh daripada jasadnya. Dia hidup tetapi mati.

Maha Benar Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya ialah mereka yang berilmu (ulama).” (Surah Al-Fathir, ayat 28)

Dalam hal kecintaan, ketundukan dan ketakutan kepada Allah, kita disuruh menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan. Baginda bersabda yang bermaksud: “Aku adalah orang yang paling mengetahui di antara kamu mengenai Allah dan aku adalah orang yang paling takut kepada-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
• Membandingkan diri kita dengan orang yang sudah diselamatkan oleh Allah. Apakah amal salih kita sama banyak dengan mereka? Atau jauh ketinggalan berbanding mereka? Tetapi sayang, bukan semua orang boleh selamat. Tidak semua orang menjadi pilihan Allah. Adakah kita layak menjadi salah seorang daripada mereka?

Berapa ramai orang yang beramal tertolak segala amalnya dan orang yang berilmu tertipu oleh kedudukan dan ilmunya? Hanya yang Allah kehendaki terselamat daripada seksaan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika Kami menghendaki, nescaya kami beri tiap-tiap jiwa petunjuk (baginya). Akan tetapi telah benar ketetapan dari-Ku: Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahanam itu dengan jin dan manusia.” (Surah Al-Sajadah, ayat 13)
• Memikirkan nasib diri ketika mati, hari kebangkitan dan hari penghisaban. Orang yang sebati jiwa dan raganya dengan kehidupan dan kenikmatan dunia mudah terlupa bahawa satu masa nanti semua itu akan dipisahkan daripadanya. Kenikmatan itu lenyap sekelip mata dan menjelmalah ruang dan waktu asing dan menyeksakan.

Di kalangan manusia ada yang menunggu hari perjumpaan dengan Allah Taala dan berharap diterima dengan reda. Dalam pada itu, ramai juga yang benci mengingati mati. Jangankan hendak bersedia menghadapi detik sakaratul maut, saat Allah Taala menyembuhkan dirinya daripada sakit suatu masa dulu pun sudah tidak sudi diingat lagi. Ketika susah Allah tempatnya mengadu, ketika senang lupa akan pertolongan-Nya. Begitu hebatnya ujian dunia mengaburi mata hati manusia.

Dalam hadis kudsi, Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Demi keagungan dan kebesaran-Ku, Aku tidak akan menghimpun dalam diri seorang hamba dua rasa takut dan dua rasa aman. Apabila dia takut kepada-Ku di dunia nescaya Aku akan memberikan keamanan kepadanya pada hari kiamat, dan apabila dia merasa aman (daripada Seksa-Mu) di dunia, nescaya Aku akan membuatnya takut pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah SWT

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka
solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh
Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji
dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan
perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Popular Posts