26 July 2009

Kitab-Kitab Utama Dalam Ilmu Hadis

1. Shohih al-Bukhari

- Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muhammad Bin Ismail al-Bukhari, lahir pada 13 Syawal tahun 194 H, wafat pada 256 H.

- Tergerak hati untuk mengumpulkan hadith2 shohih apabila mendengar kalam salah seorang gurunya iaitu Imam Ishak Rahawaih berkata “ Sekiranya kamu mengumpulkan sebuah kitab yang ringkas bagi hadith2 shohih dari Nabi SAW”
- Kitab beliau menduduki tangga teratas selepas al-Quran. Menurut Ibn Hajar al-asqolani dalam muqaddimah Fath al-Bari Shohih Bukhari mempunyai 7398 hadith dengan perulangan. Tanpa perulangan sebanyak 2602 hadith.

- Lebih utama daripada shohih Muslim kerana :

a) Imam Bukhari mensyaratkan setiap perawi yang mengambil dari perawi lain mesti berada dalam satu zaman dan mesti berjumpa sekurang-kurangnya sekali. Manakala Imam Muslim hanya mensyaratkan berada di satu zaman, tanpa syarat berjumpa.

b) Imam Bukhari lebih merupakan seorang yang faqih berbanding Imam Muslim.

c) Imam Bukhari tidak mengambil hadith dari Imam Muslim, manakala Muslim mengambil dari Bukhari.

d) Bukhari mengkaji perihal perawi.

e) Para perawi yang dikritik dalam sanad hadtih dalam shohih Bukhari hanya lebih kurang 80 orang sahaja. Manakala Muslim lebih kurang 160 orang. Dalam keadaan Bukhari mengambil Hadith dari guru2nya yang amat dikenalinya, kebanyakan guru2 nya telah dikritik sebagai dhoif, tetapi beilau lebih kenal akan guru2nya daripada para pengkritik.

f) Kurangnya pengkritik ke atas Bukhari dari sudut ‘syaz’ dan ‘illah’ berbanding Muslim. Bukhari sebanyak 78, manakala Muslim sebanyak 130.


- Kitab syarah dan ringkasan Shohih Bukhari terlampau banyak, hinggakan kitab syarahnya sahaja mencecah 82 buah ( Sila lihat Kasyf az-Zunun)

- Syarah Bukhari yang paling popular adalah :

a) I’lam as-Sunan, Imam al-Khattabi ( 386 H)

b) At-Tanqih, Imam Badr al-Deen al-Zarkasyi (794 H)

c) Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-asqolani (852 H)

d) Umdah al-Qari, Badr ad-din al-‘aini (855H)

e) At-Tawsyikh, Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti (911H)

f) Irsyad al-Sari, Ahmad Bin Muhd al-Qastalani (923 H)


- Kitab khusus yang meneliti perawi2 di dalam shohih Bukhari :

a) Asma’ Rijal Shohih al-Bukhari, Ahmad Bin Muhd Al-Kalabazi (398 H)

b) At-Ta’dil wa at-Tajrih liman kharaja ‘anhu al-Bukhari, Al-Hafiz Sulaiman al-Baji (474 H)
2. Shohih Muslim

- Ditulis oleh Imam [[b]color=red]al-Hafiz Muslim Bin Hajjaj al-Qusyairy al-Nisaburi[/color] lahir 204 H, wafat 261 H. Menduduki tangga kedua selepas Shohih Bukhari atas sebab2 yang dinyatakan di atas. B

- Bagaimanapun, Shohih Muslim lebih terkehadapan dari shohih Bukhari dari sudut ilmu penulisan, seperti Muslim tidak banyak perulangan hadith, begitu juga isnad. Ia juga menggabungkan seluruh hadith berkaitan dalam satu bab, juga meletakkan jalan2 (turuq) yang diredhainya. Begitu juga meletakkan isnad dan lafaz yang berbeza, yang mana ia menjadikan lebih mudah bagi pengkaji berbanding Bukhari.

a. Hadith di dalamnya sebanyak 7275 dengan perulangan, sebanyak 4000 tanpa ulang.

b. Imam Muslim mempunyai kaedah tersendiri yang hebat dalam menringkaskan sanad menurut keadah matematik.

c. Kitab syarahnya mencecah 15 buah. Yang terpopular :

i. Al-Mu’lim bi fawaid Muslim, Imam Muhd Ali Al-Mazari al-Maliki (536)

ii. Ikmal al-Mu’allim bi fawaid Muslim, Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki (544 H)

iii. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi (676 H)

iv. Talkhis Shohih Muslim wa syarhuh, Ahmad Umar al-Qurtubi (656H) - kitab ikhtisor Muslim

v. Mukhtasor al-Hafiz Zaki ad-Din al-Munziri (656H)

d. Kitab yang meneliti rijal( perawi) dalam shohih Muslim:

i. Rijal Shohih al-Imam Muslim, Ahmad Ali Manjuyah ( 428 H)

ii. Rijal al-Bukhari wa Muslim, Al-Hafiz al-Dar Qutni (385 H)
3. Sunan An-Nasaie

- Imam al-Hafiz Ahmad Bin Syuaib al-Khurasani (215 H-303H).

- Ia menduduki tempat ketiga kerana merupakan sunan yang tersedikit mengandungi hadith Dhoif.( demikian menurut Dr Mustofa as-Siba’ie dalam kitabnya as-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri’ al-Islami). Imam Suyuti pula menyatakan sunan ini adalah terbersih sanadnya dari empat sunan selepas shohihain. (lihat Zahr al-Ruba, 1/3, juga Syurut al-aimmah al-sittah, Al-Maqdisi, ms 12)

- Beliau menjelaskan perihal rawi dari sudut shohih, dan asoh, dhoif dan ad’af.

- Hadith dalam kitabnya terbahagi kepada 3 jenis:

a. Hadith yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.

b. Hadith shohih di atas syarat Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua.
c. Hadith yang terpisah dari illat hadith, difahami oleh ahli ilmu.

- Kitab syarahnya :

a. Zahru al-Ruba ‘ala al-Mujtaba, Imam As-Suyuti (911 H)

b. Ihktisharnya dikarang oleh Imam as-Sandi (1138 H)
4. Sunan Abu Daud

- Oleh Imam al-Hafiz Sulaiman bin As’ath al-Sijistani 202 H- 275 H)

- Beliau mengeluarkan hadith dari kumpulan 500,000 hadith lalu memilih yang terbaik. Sunannya mencecah 4800 hadith.

- Beliau menghadkan sunannya kepada hadith ahkam, lalu merupakan kitab hadith pertama yang bersifat kumpulan hadith ahkam.

- Jika hadith dlm kitabnya terlampau wahan, beliau akan menjelaskannya, (Ibnu Solah menaqalkan kalam Abu Daud sendiri)

- Kitab beliau istimewa kerana menyebut masalah2 furu’. Cthnya dalam Bab al-Adab yang mempunyai 80 bab. Juga mengandungi perincian terhadap sunnah perbuatan, perkataan, taqrir dan sifat Nabi.

- Syarahnya oleh :

a. Imam Al-Khattabi ( 386 H), Ma’alim as-Sunan

b. Qutb ad-Din as-Syafie (752 H)

c. Al-Syeikh Shihabuddin Ar-Ramli al-Syafie (844 H)

d. Syaraf al-Haq Abadi, ‘Aun al-Ma’bud


- Ikhtisornya oleh :

a. Al-Hafiz al-Munziri ( 656 H)

b. Imam Ibn Qayyim (751 H)- beserta syarah.
5. Sunan at-Tirmidzi / al-Jami’ li Imam at-Tirmidzi

- Imam al-Hafiz Abu Isa Muhd Bin Isa at-Tirmidzi ( 209 H - 270 H)

- Sunannya disusun menurut bab feqh dan lainnya, terkandung hadith Shohih, Hasan dan Dhoif. Beserta penjelasan darjah (kekuatan) hadith.

- Ia merupakan kitab yang khusus dalam menyatakan Hadith2 bertaraf Hasan. Ini kerana beliaulah yang pertama mengkelaskan hadith sbg Hasan lalu menjadikan kitabnya sebagai sumber utama untuk tujuan itu.

- Kitab beliau ini tidak sunyi dari kritikan para ulama’ hadith, serta dianggap beliau ‘mutasahil’ dalam men’shohih’ dan meng’hasan’ serta mengambil hadith dari rijal dhu’afak (perawi dhoif) dan ‘Matruk’. Antara yang mengkritik ini adalah al-Imam al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi ( 748 H). Rujuk Mizan al-I’tidal krgn az-Zahabi.

- Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi adalah

a. Perawi dalam Isnadnya tidak dituduh ‘al-kizb’ ( pembohong).

b. Tidak ‘syaz’

c. Diriwayatkan lebih dari satu jalan. (lihat al-ilal al-Shoghir , Imam at-Timidzi, 5/658)

- Syarhnya oleh:

a. Abu Bakar Ibn al-‘arabi (543 H) ‘aridatul ahwazi.

b. Imam As-Suyuti as-Syafie (911 H)

c. Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)

d. Abd Rahman al-Mubarakpuri al-Hindi ( 1353 H), Tuhfatul ahwazi.
6. Sunan Ibn Majah

- Oleh Imam al-Hafiz Yazid Bin Majah ( 207 H - 263 H),

- Mengandungi lebih kurang 4000 hadith.

- Ulama’ terdahulu hanya menjadikan usul utama hadith dalam 5 kitab yang disebut di atas, lalu ulama’ terkemudian meletakkan kitabnya di nombor 6 krn banyaknya manfaat dlm bidang feqh. Individu yang pertama meletakkannya di tangga ke 6 adalah, al-Hafiz Muhd Bin Tohir al-Maqdisi (507 H).

- Bagaimanapun terdapat ikhtilaf dalam meletakkan kitab hadith di tangga ke 6, ada yang memilih Muwatta’ Imam Malik, atau Sunan ad-Darimi. Ini adalah krn Ibn Majah terkenal mengeluarkan hadith dari perawi yang dituduh pembohong dan pencuri hadith.

- Syarahnya oleh:

a. Muhd Musa al-Damiri ( 808 H)

b. Imam as-Suyuti (911 H) , Misbah az-Zujajah ala sunan Ibn Majah. KITAB GABUNGAN KITAB-KITAB SUNAN, MUSNAD DAN LAIN-LAIN.

Dalam bab ini, berikut disertakan nama-nama kitab yang menggabungkan hadith2 dari pelbagai kitab, berserta manhajnya secara ringkas:

[1) Kitab yang menggabungkan Shohih Bukhari dan Muslim.

* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abu Mas'ud al-Dimashqi(401 H)•
al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Humaidi al-andalusi (488 H). Kitab beliau tidak sekadar menggabungkan tetapi dengan membuat penambahan dan penyempurnaan tanpa terikat dgn lafaz dari Bukhari dan Muslim. Menyusun kitab beliau dengan kaedah bab2 berbanding dua kitab sebelumnya yang disusun secara musnad.
* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Burqani (425 H)
* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abd Haq al-Azdi (581 H), Iltizam dgn lafaz mereka berdua, Imam Suyuti dalam Tadrib ar-Rawi menyatakan kitab ini amat penting, tetapi masih belum dicetak. Demikian menurut Dr Yusof al-Qaradhawi.
* Al-Lu’lu’ wa al-Marjan, Muhd Fuad abd Baqi
(2) Usaha menggabungkan lebih banyak kitab dalam satu kitab khas. Antara yang terutama:

* At-Tajrid li al-shahhah al-sittah, Al-Hafiz al-Ruzain al-Andalusi (535 H).
Beliau menggabungkan kitab Al-Shohihan, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmidzi, Sunan al-Nasaie dan al- Muwatta’ Imam Malik.

Kitab ini disusun dengan bab-bab dan tajuk-tajuk, ia disusun seperti yang dilakukan oleh al-Humaidi sebelumnya.

* Jami’ al-Usul fi ahadith al-Rasul, Al-Hafiz Imam Ibn Athir (606 H).

Mengandungi keenam2 kitab dalam al-Ruzain di atas. Bagaimanapun ia merujuk terus ke sumber asal dan bukan kitab al-Ruzain.

Ia menyusun menurut tajuk2 tetapi disusun dengan huruf2. seperti huruf ba’ , mengandungi hadith bab al-Bai’, al-Birr, al-Bunyan dan lain-lain.

Kitabnya mengandungi lebih 9523 hadith.

Bagi sesiapa yang ingin merujuk kitabnya, adalah terlebih baik utk membaca baba permulaan (Tamhid) yang ditulisnya.

Kitab ini telah diringkaskan oleh Az-Zubaydi (944 H) dlm kitab Taysir al-wusul Ila Jami’ al-Usul.

* Jami’ al-Masanid wa al-sunan, al-Hadi li Aqwam Sunan, Al-Hafiz Ibn Kathir Al-Syafie (774 H)

Beliau menggabungkan kitab sunan yang 6 ( seperti di atas) dan ditambah pula dengan empat buah Musnad yang popular iaitu : Musnad Ahmad, Musnad al-Bazzar, Musnad Abi Ya’la dan Mu’jam al-Tobrani al-Kabir.

Beliau menyusunnya dengan huruf Mu’jam. Yang menyebut nama sahabat menurut urutan huruf dan hadith2 yang diriwayatkan oleh sahabat tersebut.

* Majma’ az-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, Al-Hafiz Nuruddin Ibn Hajar al-Haithami Al-Syafie ( 807 H)

Menggabung sunan yang enam, dengan meletakkan Sunan Ibn Majah di tempat ke 6

Ditambah dengan Musnad Ahmad, Abi Ya’la, Al-Bazzar dan ketiga-tiga Mu’jam at-Tobrani.

Kitab ini istimewa kerana Ibn Hajar al-Haithami meletakkan darjah kekuatan Hadith samada Shohih, Hasan dan Dhoif.

Tidak diketahui jumlah hadith didalamnya. Kerana tidak dinomborkan.


* Jam’ul Fawaid min Jami’ al-Usul wa Majma’ az-Zawaid, al-Allamah Muhd Sulaiman al-Maghribi (1094 H).

Menggabung kedua-dua kitab © dan (d).

Hadith di dalamnya mencecah 10,121 hadith.

Al-Matolib al-‘Aliah bi Zawaid al-Masanid ath-Thamaniah, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani As-Syafie ( 852 H)

Memuatkan tambahan kepada kitab sunan yang enam dan musnad ahmad, dengan 8 buah musnad yang lain secara sepenuhnya iaitu : Musnad Abi Daud at-Tayalisi, Musnad al-Humaidi, Ibn Abi Umar, Musaddad, Ibn Muni’, Ibn Abi Syaibah, Abd Bin Hamid, Ibn Abi Usamah dan menambah Musnad Abi Ya’la.

Juga menambah dengan Musnad Ishak Rahawaih secara tidak sepenuhnya. Lebih kurang separuh.

Menyusun hadith2 di dalamnya menggunakan bab-bab.

Telah ditahqiq oleh Ulama’ Hadith India as-Syeikh Habib ar-Rahman al-a’zomi.

Hadithnya hanya mencecah 4702 sahaja. Malangnya Ibn Hajar tidak menerangkan hukum/darjat hadith.

* Ithaf as-Sadah bi zawaid al-Masanid al-‘asyarah, Al-Hafiz Syihabuddin al-Busairi ( 840 H)

Kitab ini ditulis pada zaman yang sama dgn kitab Ibn Hajar, Cuma Al-Busaoiri ada mengambil dari Ibn Hajar, Kedua-dua mereka berguru dgn Al-Hafiz al-Iraqi.

Kitab beliau banyak menyebut darjat hadith.

Kitab ini masih belum dicetak.


* Jam’ul Jawami’, Imam Al-Hafiz as-Suyuti (911 H)

dinamakan juga al-Jami’ al-Kabir, menggabungkan hampir 80 kitab dari kitab hadith. Mengandungi 2 jenis hadith :

Hadith2 Qawliyyah/ perkataan- disusun menurut huruf mu’jam.

Hadith2 Af’al / Perbuatan -disusun menurut musnad sahabat.

Bagaimanapun terdapat dalamnya banyak hadith munkar dan maudu’, ini menyebabkan cetakannya dihentikan.

Mengandungi lebih kurang 40,000 hadith.

* Kanzul ‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al, al-Allamah Al-Muhaddith ‘Alau al-Din al-muttaqi ( 975 H)

Menggabungkan al-Jami’ al-Shoghir Imam As-Suyuti.

Disusun menurut bab-bab feqh, menurut kaedah Jami’ al-Usul.

Mencecah hadithnya sebanyak 46 624 hadith. Bagaimanapun banyak perulangan dan bercampur-campur di antara shohih, dhoif, maqbul dan mardud.

* Al-Jami’ al-Azhar fi ahadith an-Nabi al-Anwar, al-allamah Abd Raouf al-Munawi (1031 H)

Terdapat dlmnya sebanyak 30,000 hadith.

Selepas menyebut hadith, biasanya dikuti dengan keterangan darjah Hadith.


Demikianlah, beberapa kitab utama dan gabungan kitab-kitab yang memuatkan matan-matan hadith serta sanadnya, beserta dengan beberapa kitab syarah.

Selepas mengetahui sumber2 tersebut di atas adalah sangat baik kiranya kita mengetahui kitab-kitab yang memuatkan hadith Dhoif dan Mawdu’.

Sebagai pengenalan ringkas, hadith Dhoif terbahagi kepada 10 jenis iaitu :

1. Al-Mursal 2. Al-Munqati’

3. Al-Mu’dhol 4. Al-Mudallas

5. Al-Mudhtarib 6. Al-Syaz

7. Al-Mungkar 8. Al-Mudraj

9. Al-Maqlub 10. Al-Mu’allal


Sebenarnya pembahagian dhoif adalah lebih banyak dari 10, sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafiz al-Iraqi (802 H), yang mana ia mencecah 42 pecahan. Bagaimanapun penulisan ini tidak akan memfokuskan kepada takrifan pecahan hadith2 dhoif di atas.

Dalam menentukan hadith kelemahan dan kekuatan hadith, ilmu yang mesti dipenuhi adalah ilmu dalam meneliti ‘illat’ atau ‘waham’ atau kesilapan pada matan hadith atau perawi atau sanad. Menurut Ibn Hajar al-‘asqolani ia merupakan ilmu yang sgt sukar ( Syrah nuhbah, Nuzhat an-Nazr, Ibn Hajar). Antara pakar ulama’ hadith dalam bidang mengenal illah pada sanad hadith ini adalah :

a. Syu’bah Bin Al-Hajjaj (160 H). Ibn Rejab menyatakan beliaulah individu terawal yang meluaskan perbincangan mengenai ilm al-jarh wa at-ta’di. Juga membicarakan persoalan bersambung sanad atau terputus.

b. Yahya Bin Said al-Qattan ( 198 H)

c. Imam Ahmad Bin Hanbal, beliau berguru dlm bidang ini antaranya dengan Yahya Bin Said al-Qattan

d. Ali Bin Al-Madini (234 H)- Beliau guru kepada Imam Bukhari.

e. Yahya Bin Ma’in

f. Abd Rahman bin Mahdi ( 198 H)

g. Imam Muhd Bin Ismail Al-Bukhari.

h. Imam Abu Isa at-Tirmidzi.

i. Abu Zur’ah

j. Ad- Dar Qutni (380 H)



Serta ramai lagi, antara kitab utama yang ditulis dalam bidang ini ;

1) al- ‘ilal al-waridah fi al-ahadith an-Nabawiyah, al-Hafiz Ad-Dar Qutni.

2) al-‘ilal, Abd Rahman Abi Hatim al-Razi (327 H)

3) Syarh ‘ilal at-Tirmidzi, Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)

No comments:

Popular Posts