24 October 2009

Wasiat Imam As-Shahid Hassan Al-Banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku
ilmu, pergilah ke majlis-
majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan
janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa
Arab kerana bahasa Arab
yang betul itu adalah satu-satunya syiar
Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa
perkara sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi
apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang
sentiasa berhubung
dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat
yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-
sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada
kadar yang
dikehendaki oleh pendengar kerana
percakapan
yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-
sia malah
menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat
peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah
bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap
Muslimin yang ditemui kerana
asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-
kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak
daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan
sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.

No comments:

Popular Posts