29 September 2011

Hukum Memusnahkan @ Membakar Al-Qur'an Yang Tersalah Cetak

Baru2 ni, tergempar dlm 'paper' yg menyiarkan trdpt segelintir pihak yg sanggup membuang dan membakar kitab suci umat Islam yakni Al-Qur'an.. Ramai pihak sama ada drpd org awam mahupn bdn NGO berasa tidak puas hati terhadap tindakan sesetengah pihak yg membakar@membuang ayat2 Al-Qur'an terutama ada yg mengatakan ianya perbuatan drpd pihak pembekal@pencetak Al-Qur'an..

Apakah hukumnya?? Adakah dibolehkan dlm agama?? Di mana sensitiviti kita sbg umat yg beragama Islam???

Pertamanya, mestilah dilihat dari sudut niat pihak yg terbabit (yg membakar@ membuang cebisan2 ayat Al-Qur'an) sama ada dgn tujuan apa... Jika tujuannya utk memelihara cebisan2 Al-Qur'an yg tersilap cetak drpd terbiar@ diselewengkan, maka ini dibenarkan..

Ini dapat dilihat di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum memusnahkan Al-Qur'an yg tersalah cetak..

e-Fatwa (Portal Rasmi Fatwa Kebangsaan:

HUKUM MEMUSNAHKAN AL-QURAN YANG SALAH CETAK

Tarikh Keputusan:
25 Nov, 1989
Huraian Tajuk/Isu:

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta untuk mengeluarkan fatwa berkenaan dengan masalah memusnahkan Al-Quran yang tersalah cetak.

Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.
Keputusan:

Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti perkara di atas dengan mengikut fakta-fakta seperti berikut :

Tersebut dalam membakar kayu yang tersebut atas AI-Quran melainkan jika qasad (niat) dengan membakar itu akan memeliharanya, maka tiadalah makruh dia seperti fael (perbuatan) Saidina Uthman R.A. adalah ia membakar beberapa mazhab kerana qasad memelihara, tetapi membasuh terutama daripada membakar. Dan haram mencarek-carek kertas yang tersebut di atas Al Quran dengan tiada kerana hajat memelihara akan dia, dan jikalau jatuh, ia ke bumi, haram meninggalkan dia (meninggal mengangkat) dari bumi.

Berdasarkan kepada hujah-hujah di at as Jawatankuasa telah mengambil keputusan seperti berikut :

" Setelah dibahaskan maka Jawatankuasa mengambil keputusan harus membakar Al-Quran yang salah cetak bagi maksud memelihara dan debunya hendaklah ditanam "


Akan tetapi, perlulah diingat, ini tidak bermaksud kita boleh membakar Al-Quran sesuka hati.. Maka, hendaklah dijaga dgn membakar di suatu tmpet khas dan debunya hendaklah ditanam supaya ianya terpelihara...

Jadi, jauhkan diri dr menimbulkan fitnah kpd masyarakat awam dgn membakar sesuka hati di tempat yg terbuka yg mana akan membawa byk kemudaratan drpad kemaslahatan, yg jelas hukumnya yg haram.. Wassalam.

sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-memusnahkan-al-quran-yang-salah-cetak

No comments:

Popular Posts