Apa yang diwajibkan oleh Allah swt ke atas kita lebih banyak bilangannya daripada umur kita, juga Sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw pun lebih banyak dari waktu yang tersedia. Sekiranya kita habiskan umur kita untuk melaksanakan yang wajib mahupun yang sunnah, tentu belum kit dapat memenuhinya.
Lalu bagaimana jika seseorang yang ingin mengabdikan dirinya kepada Allah swt justeru condong kepada bid’ah, sesuatu yang tidak disyariatkan Allah, tidak pula merupakan bahagian dari sunnah. Alangkah indah nasihat Ibnu Mas’ud Radhiyallâhu ‘Alayhi wa Sallam, "Ittiba’lah kalian, dan jangan berbuat bid’ah, sesungguhnya itu sudah cukup bagi kamu".
Di antara lain, selangkah seseorang melaksanakankan bid’ah, saat itu pula ia telah menanam benih-benih perpecahan. Kerana ia tentu mahukan agar orang lain mengikutinya. Ia akan berusaha mencari pendukung. Lalu terjadilah ‘persatuan’ antara sesama mereka yang memiliki amalan sejenis, lalu tumbuh kebencian dan kedengkian terhadap orang yang tidak mahu mengikutinya.
Allah swt berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang memecahbelahkan agama-Nya dan mereka menjadi berpuak-puak (bergolongan), tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu kepada mereka.” (Surah al-An’am: 159)
Al-Qadhi Ismail menafsirkan ayat tersebut, “Setiap pelaku bid’ah, semuanya termasuk dalam pembicaraan ayat ini. Kerana tatkala mereka berbuat bid’ah, maka mereka akan saling berdebat, bertengkar, dan bercerai berai hingga menjadi kelompok-kelompok.”
Berbicara tentang bid’ah dan perpecahan, tidaklah sama dengan pembicaraan tentang ikhtilaf para ulama. Bid’ah harus diingkari dan dicegah, sedangkan ikhtilaf yang merupakan hasil ijtihad di kalangan ulama tidak boleh dicegah atau diingkari sebagaimana mengingkari maksiat.
Qunut Subuh misalnya. Tidak selayaknya kita mengingkari orang yang melakukannya seperti kita mengingkari kemungkaran atau bid’ah. Kerana ternyata hal itu diperselisihkan ulama tentang kesunnahannya. Yang satu melakukan qunut kerana mengikuti Nabi qunut, sedangkan yang lain tidak melakukan qunut, karena akhirnya Nabi meninggalkannya. Adapun qunut nazilah, dilakukan Nabi saat ada peperangan atau kaum muslimin dizalimi, beliau melakukannya pada setiap solat selama sebulan, bukan hanya ketika solat Subuh.
Permasalahan ini tidak membawa kewajiban kita untuk memilih pendapat yang rajih (kuat) ketika kita mengetahuinya berdasarkan dalil. Dan tidak ada salahnya kitaberpendapat untuk menunjukkan bahawa yang sunnah adalah tanpa qunut. Tanpa mencegahnya sebagai bentuk inkarul mungkar, atau menuduhnya sebagai mubtadi’.
Berbeza dengan perkara bid’ah yang nyata diada-adakan. Seperti berkumpul pada hari ke-7, ke-40, atau ke-100 hari orang yang meninggal dunia. Kerana tidak ada dalil kesunnahannya, tidak ada pula ulama terdahulu yang menganjurkannya. Bahkan para sahabat menganggapnya sebagai niyahah (meratapi mayat).
Jarir bin Abdillah al-Bajali berkata, كُنَّا نَرَى الإِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ. “Kami (para sahabat) menganggap bahawa kumpul-kumpul di tempat keluarga mayat dan membuat makanan (jamuan) setelah dikuburnya mayat termasuk niyahah.”
(HR Ibnu Majah no. 1601, dishahihkan oleh al-Albânî dalam Talkhish Ahkâm al-Janâ-iz hal 73)
No comments:
Post a Comment