Rasulullah SAW diutus oleh Allah ke dunia ini yang padanya diberikan agama Islam dialah yang dikatakan sebagai pembawa rahmat kepada alam. Agama Islam yang diberikan kepada Rasulullah SAW oleh Allah adalah untuk memimpin manusia ini, firman Allah yang maksudnya :"Tidak Aku utuskan engkau (ya Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat kepada Alam".
Walaupun kita dapati ayat ini menunjukkan bahawa rahmat yang dibawa oleh Rasulullah itu adalah umum kepada semua manusia tetapi sebenarnya adalah dikhususkan oleh Allah kepada orang mukmin semata-mata. Orang yang diluar mukmin tidak akan mendapat rahmat bahkan mereka lebih merasa tidak senang hati dengan Islam dan kedatangan Al- Qur'an yang disampaikan oleh Allah kepada Rasulullah SAW. Manakala kedatangan Rasulullah yang padanya disampaikan agama Islam dan dengan agama ini Rasulullah menyampaikannya kepada umat serta memimpin umat hingga umat ini menerima Allah dan menerima Rasulullah, disinilah letaknya rahsia keagungan Islam dan kebesaran Islam.
Apakah yang dikatakan dengan keagungan Islam atau kebesaran Islam itu ? Sebelum kita memperkatakan mengenainya, disini saya akan paparkan beberapa pendapat yang telah kita dengar dan yang pernah disampaikan kepada umat Islam tentang apakah yang dikatakan dengan keagungan Islam itu, dan salah satu daripada pendapat-pendapat itu mengatakan bahwa setelah umat ini menerima agama Islam, mereka telah didorong untuk mencari ilmu pengetahuan dan didorong untuk berfikir hingga akhirnya lahirlah ahli-ahli fikir dikalangan masyarakat Islam seperti Imam Ghazali Rahimahumullahu Taala, Ibnu Rusyd, Al Farabi, Ibnu Sina, dan beribu-ribu lagi tokoh Islam yang lain. Mereka ini telah menjadi ahli fikir dibidang masing-masing disebabkan agama Islam itu mendorong mereka mencari dan menyelidiki ilmu pengetahuan. Kerana yang demikianlah maka ada setengah-setengah umat Islam memberikannya sebagai sebab-sebab keagungan Islam itu, mereka ini mengatakan bahawa kebesaran Islam itu adalah karena ia telah melahirkan ahli-ahli fikir yang terkenal di kalangan penganut-penganutnya kerana agama Islam itu mendorong umatnya mencari ilmu dan menyelidik.
Kalaulah hanya mendorong manusia ini untuk mencari ilmu pengetahuan serta menyelidik ilmu-ilmu di berbagai bidang hingga menjadikan mereka ahli-ahli fikir dan ilmuwan yang terkenal, kita rasa dengan tidak perlu didatangkan Rasulullah SAW dan juga Islam serta dengan tidak didatangkannya Al Qur'an dan Sunnah pun manusia juga sudah pandai mengkaji ilmu pengetahuan di pelbagai bidang hingga manusia boleh menjadi ahli-ahli ilmuwan. Ini telah dibuktikan oleh sejarah manusia. Umpamanya di kalangan bangsa Yunani telah muncul ramai ahli-ahli fikir yang besar dan kecil seperti Aristoteles, Plato, Socrates, dan lain-lain. Yang mana mereka ini adalah memiliki ilmu pengetahuan di bidang masing-masing hingga mereka disanjung oleh manusia di masa itu bahkan masih disanjung lagi pada hari ini. Dan sebagaimana yang kita ketahui, mereka ini telah lahir ribuan tahun sebelum kedatangan Rasulullah SAW, Al Qur'an dan Islam ertinya mereka telah menjadi ahli fikir tanpa kedatangan Rasulullah, Al Qur'an dan Islam.
Jadi kita dapati disini bahawa kalau sekiranya Allah tidak datangkan Rasulullah dan Al Qur'an pun manusia boleh menjadi ahli fikir yang terkenal, ini adalah kerana ingin mencari ilmu pengetahuan, ingin menyelidik dan ingin pandai, dan ingin berilmu pengetahuan itu adalah fitrah semula jadi manusia, bukan didorong oleh Islam dan Al Qur'an. Kerana yang demikian bukanlah yang dikatakan keagungan Islam itu kerana ia mendorong manusia menjadi pandai atau menjadi ahli-ahli fikir.
Islam adalah agama yang dibawa oleh Allah swt dengan sebuah agama yang murni, harmoni, syumul dan luhur. Ia digambarkan dengan keperibadian Rasulullah saw yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri Rasulullah ini telah memberi keamanan dan rahmat seluruh alam. Sebagaimana firman Allah swt: "Tidaklah AKU utuskan engkau wahai MUHAMMAD melainkan menjadi rahmat seluruh alam" (al-Anbia': 107)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Apakah hukum bagi seorang muslimah yang melambatkan solat fardhu dan apabila hendak mengerjakannya didapati haidhnya tiba? Bagaimanakah kead...
-
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu bina...
-
Berikut adalah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, dalam makalah ini berbagai permasalahan tentang mazhab akan dibincang secara ringkas, pe...
-
I‘tikaf ialah suatu ibadah yang mempunyai kelebihan dan hikmat tertentu. Di antaranya membersihkan hati daripada sifat-sifat yang tercela, m...
-
1.0 Muqaddimah Siasah Syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum sya...
-
Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek ag...
-
Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yan...
-
Syariah Islam menetapkan bagi setiap sesuatu amalan manusia tidak terlepas daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah. Hukum yang ditetapkan ...
-
Ada empat istilah asas Fiqh yg membingungkan: Ijtihad, Ittiba', Talfiq dan Taqlid. Kita jelaskan secara mudah: a. Ijtihad: mencurahkan...
-
Syarat-syarat haji menurut Mazhab Hanafi 1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir, hajinya tidak sah. 2. Akal, tidak wajib bagi orang g...
No comments:
Post a Comment