Islam adalah agama yang dibawa oleh Allah swt dengan sebuah agama yang murni, harmoni, syumul dan luhur. Ia digambarkan dengan keperibadian Rasulullah saw yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri Rasulullah ini telah memberi keamanan dan rahmat seluruh alam. Sebagaimana firman Allah swt: "Tidaklah AKU utuskan engkau wahai MUHAMMAD melainkan menjadi rahmat seluruh alam" (al-Anbia': 107)
20 May 2009
Takrif Bid'ah Dan Pembahagiannya
Pertama : Bid`ah I'tiqad (bid`ah yang bersangkutan dengan keyakinan)
Bid`ah ini juga diistilahkan bid`ah qauliyah (bid`ah dalam hal pendapat) dan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan dalam kitab sunan :
"Umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, semuanya berada dalam neraka kecuali satu golongan".
Para shahabat bertanya : "Siapa golongan yang satu itu wahai Rasulullah ?.
Beliau menjawab : "Mereka yang berpegang dengan apa yang aku berada di atasnya pada hari ini dan juga para shahabatku".
Yang selamat dari perbuatan bid`ah ini hanyalah ahlus sunnah wal jama`ah yang mereka itu berpegang dengan ajaran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang dipegangi oleh para shahabat radliallahu anhum dalam perkara ushul (pokok) secara keseluruhannya, asas-asas tauhid , masalah kerasulan (kenabian), takdir, masalah-masalah iman dan selainnya.
Sementara yang selain mereka dari kelompok yang keluar dari jalan yang benar seperti Khawarij, Mu`tazilah, Jahmiyah, Qadariyah, Rafidhah, Murji`ah dan pecahan dari kelompok-kelompok ini , semuanya merupakan ahlul bid`ah dalam perkara i`tiqad. Dan hukum yang dijatuhkan kepada mereka berbeza-beza, sesuai dengan jauh dekatnya mereka dari perkara asas agama, sesuai dengan keyakinan atau penafsiran mereka, dan sesuai dengan selamat tidaknya ahlus sunnah dari kejelekan pendapat dan perbuatan mereka. Dan perincian dalam permasalahan ini sangatlah panjang untuk dibawakan di sini.
Kedua : Bid`ah Amaliyah (bid`ah yang bersangkutan dengan amalan ibadah)
Bid`ah amaliyah adalah penetapan satu ibadah dalam agama ini padahal ibadah tersebut tidak disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan perlu diketahui bahwasanya setiap ibadah yang tidak diperintahkan oleh Penetap syariat (yakni Allah ta`ala) baik perintah itu wajib ataupun mustahab (sunnah) maka itu adalah bid`ah amaliyah dan masuk dalam sabda nabi shallallahu alaihi wasallam :
"Siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak di atas perintah kami maka amalannya itu tertolak".
Kerana itulah termasuk kaedah yang dipegangi oleh para imam termasuk Imam Ahmad rahimahullah dan selain beliau menyatakan :
"Ibadah itu pada asalnya terlarang (tidak boleh dikerjakan)"
Yakni tidak boleh menetapkan/mensyariatkan satu ibadah kecuali apa yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Dan mereka menyatakan pula :
"Muamalah dan adat (kebiasaan) itu pada asalnya dibolehkan (tidak dilarang)"
Oleh kerana itu tidak boleh mengharamkan sesuatu dari muamalah dan adat tersebut kecuali apa yang Allah ta`ala dan rasul-Nya haramkan. Sehingga termasuk dari kebodohan bila mengatakan sebahagian adat yang bukan ibadah sebagai bid`ah yang tidak boleh dikerjakan, padahal perkaranya sebaliknya (yakni adat bisa dilakukan) maka yang menghukumi adat itu dengan larangan dan pengharaman dia adalah ahlu bid`ah (mubtadi). Dengan demikian, tidak boleh mengharamkan satu adat kecuali apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Dan adat itu sendiri terbagi tiga :
Pertama : yang membantu mewujudkan perkara kebaikan dan ketaatan maka adat seperti ini termasuk amalan qurbah (yang mendekatkan diri kepada Allah).
Kedua : yang membantu/mengantarkan kepada perbuatan dosa dan permusuhan maka adat seperti ini termasuk perkara yang diharamkan.
Ketiga : adat yang tidak masuk dalam bagian pertama dan kedua (yakni tidak masuk dalam amalan qurbah dan tidak pula masuk dalam perkara yang diharamkan) maka adat seperti ini mubah (boleh dikerjakan).
Wallahu a`lam.
(Al Fatawa As Sa`diyah, hal. 63-64 sebagaimana dinukil dalam Fatawa Al Mar'ah Al Muslimah).
Antara Ibadah Dan Adat
Contoh yang berlaku pada hari ini ialah bersedekah kerana adat seperti memberikan sumbangan ketika kenduri nikah kahwin. Umum mengetahui bahawa perkahwinan merupakan salah satu ibadah yang besar yang boleh menyebabkan syaitan meraung kekecewaan dan mengadakan ‘walimatul urus’ atau majlis kenduri merupakan salah satu tuntutan agama dan orang yang menerima jemputan adalah menjadi kewajipan ke atasnya untuk menghadiri kenduri tersebut (kecuali uzur atau majilis dicemari maksiat). Namun kesucian ibadah nikah kahwin ini telah dicemari oleh beberapa perkara adat yang dianggap wajib dilaksanakan tanpa mengira perbuatan tersebut bersesuaian dengan tuntutan agama atau tidak contohnya seperti memberikan sumbangan (secara terpaksa) yang sememangnya masih menjadi amalan di kalangan kita. Adat memberikan sumbangan secara terpaksa ini akan menimbulkan kesan negatif sama ada dari sudut rohani atau jasmani kerana orang yang tidak berupaya sudah tentu akan merasa malu untuk menghadiri majlis kenduri tersebut atau beliau sanggup berhutang semata-mata untuk menghadiri kenduri kahwin. Bagi yang masih tidak mampu untuk mendapatkan wang maka keinginanan menghadiri majlis tersebut akan terhalang dan mereka akhirnya tidak dapat menghadirinya kerana malu tidak memberikan sumbangan. Jika sekirannya pada satu hari tersebut si miskin menerima jemputan sehingga 4 kenduri kahwin, macam mana? Setiap majlis memerlukan kepada RM10! Tidak ini membebankan?
Anjuran Islam untuk mengadakan majlis kenduri kahwin sebenarnya adalah untuk kebaikkan bersama masyarakat itu sendiri iaitu mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama masyarakat tanpa mengira darjat atau pangkat, miskin atau kaya, cacat atau tidak dan sebagainya. Namun perbuatan ’sumbangan paksa’ tersebut walaupun di anggap tidak menyusahkan oleh tuan kenduri namun ianya belum tentu menyenangkan orang yang kurang upaya dari sudut kewangan atau miskin, perbuatan ini akan menyebabkan golongan miskin atau sederhana tidak mampu untuk bersama-sama dengan orang lain di dalam satu majlis yang dikira sebagai ibadah ini.
Tuan kenduri mungkin ingin mengadakan kenduri besar-besaran tanpa melihat kepada keupayaan diri dan tidak melihat sama ada perbuatan tersebut adalah perlu atau satu pembaziran sahaja. Mereka sanggup berhutang, bergadai semata-mata untuk mengadakan majlis kenduri kahwin secara besar-besaran dan mengharapkan agar segala hutang mereka tadi akan dapat di’timbus’ kembali dengan ’sumbangan paksa’ dari jemputan mereka. Malah kemungkinan mereka akan mendapat ‘keuntungan berganda’ lagi dari hasil sumbangan paksa orang ramai tersebut!!! Macam perniagaan pulak.
Terdapat kes seorang pemuda membuat pinjaman bank semata-mata untuk membayar mas kahwin dan mengadakan majlis perkahwinanya dan akhirnya selepas itu setiap bulan duit mereka dihabiskan hanya untuk membayar duit pinjaman bank tersebut untuk lebih 10 tahun ke depan! Tidakkah ini menyusahkan?
Golongan-golongan yang merasa terpaksa untuk memberikan ’sumbangan’ ini akan sudah tentu akan merasa malu untuk tidak memberikan sumbangan apatah lagi jika sekiranya sumbangan tersebut berbentuk tetap dan tuan rumah pula seorang yang disegani maka sudah tentu merupakan perkara yang memalukan jika sekiranya tidak melakukannya. Orang akan kata kedekut! Orang ramai mungkin berkata : “Ala, sedekah pun nak berkira ke?” - Betul ke ini dikira sedekah?
Seorang sahabat bernama Saad bin Ubbad telah bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w "Ya, Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal dunia. Apakah sedekah yang paling afdhal untuk dihadiahkan kepada ibuku?” Jawab Rasulullah : “Sedekah air”. Setelah Saad bin Ubbad mendengar pesanan Rasulullah s.a.w maka Saad pun berusaha menggali telaga dengan susah payah dan setelah didapati telaga yang digali itu terdapat sumber air di bawah tanah maka Saad pun mewaqafkan telaga itu untuk orang ramai minum, mandi, membasuh pakaian, tubuh badan, tempat tinggal, kenderaan dari segala kekotoran dan najis."
01 May 2009
Keunggulan Perundangan Islam
Perundangan Islam telah menjadi suatu realiti hukum yang telah terlaksana dalam masyarakat Islam dari permulaan lahirnya pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Madinah hinggalah ke hari ini.
Negara Islam pertama yang ditubuhkan di Madinah dalam tahun pertama Hijrah (622M) telah melaksanakan syari'at "Rabbani" ke dalam masyarakat manusia sebagai realiti yang diterima umum.
Perlembagaan Madinah yang disifatkan oleh Professor Hamidullah sebagai "The First Written Constitution In The World", telah menjadi kenyataan umum bahawa Islamlah yang memperkenalkan kepada dunia suatu perlembagaan bertulis yang dilaksanakan dalam sebuah negara yang berdaulat. Perlembagaan tersebut telah menyebut secara terperinci masalah-masalah negara, daripada hak dan tanggungjawab kepada cara penyelesaian masyarakat majmuk, hinggalah kepada persoalan ketua pemerintah dan kuasa yang ada padanya.
Semuanya itu terkandung dalam Perlembagaan Madinah.
Undang-undang Islam sebagai suatu undang-undang negara adalah didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, walaupun masih banyak orang-orang Islam sendiri meragui kewibawaannya malah banyak yang mempersendakan tentang kemampuannya untuk menyelesaikan masalah negara dan kesesuaiannya dengan zaman.
Sebenarnya sengaja dilupai bahawa undang-undang itu telah membuktikan kemampuannya menghadapi segala macam rintangan sejak daripada tahun pertama Hijrah hinggalah ke hari ini.
Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan undang-undang itu dalam sepanjang hidup baginda di Madinah yang disambung pula oleh khulafa' ar-Rasyidin selepas kewafatan baginda.
Kemudian diambil alih oleh Daulah Umawiyyah, Abbasiyyah dan sebagainya hinggalah berterusan ke zaman Daulah Othmaniah.
Para sejarawan sering menyebut bahawa kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki ke tangan Mustafa Kamal Atarturk dalam tahun 1924 M telah melenyapkan kekuasaan Islam dalam segala lapangan terutamanya dalam bidang pelaksanaan undang-undangnya.
Pandangan ini seolah-olah menggambarkan bahawa undang-undang Islam sudah lenyap ditelan zaman.
Ada beberapa istilah yang digunakan dalam Perundangan Islam seperti "syari'ah", "hukum", "hudud", "Qisas", "ta'zir", dan sebagainya. Istilah tersebut walaupun umum mengetahui maksudnya tetapi rahsia yang tersembunyi di sebalik istilah-istilah itu perlu juga diberi perhatian.
i-Syari'ah
Istilah "syari'ah" yang berakar kata daripada "shara 'a" disebut beberapa kali dalam Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud;
Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syari'ah (peraturan dan undang-undang) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syari'at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahuinya. (Surah Al-Jaatsiah: ayat 18)
Firman-Nya lagi yang bermaksud;
Bagi tiap-tiap umat daripada kamu, Kami (Allah) berikan kepadanya peraturan dan undang-undang serta cara hidup yang lengkap. (Surah Al-Maa'idah: ayat 48)
Perkataan syari'ah ada banyak maknanya. Salah satu daripadanya, seperti yang tersebut dalam kamus-kamus Arab, syari'ah bermaksud telah masuk ke dalam air atau telah meminum air itu dengan kedua tangannya. Salah satu maknanya lagi disebut sebagai jalan ke arah air. Maknanya yang lain ialah tempat keluarnya mata air dan sebagainya. Kaitan perkataan syari'ah dengan makna pilihan yang disebutkan di atas, memberikan semacam tanggapan bahawa apa yang dikatakan syari'at itu diperlukan oleh manusia seluruhnya. Sama dengan manusia seluruhnya memerlukan air untuk kehidupannya.
ii-Hukum
Perkataan "hukum" selalu disebut dalam Perundangan Islam. Al-Quran banyak kali menyebut istilah ini dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya yang bermaksud;
Bahawa sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) dengan benar supaya kamu menghukum diantara manusia dengan apa yang diwahyukan oleh Allah kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang-orang yang khianat(Surah An-Nisa': ayat 105)
Ayat lain yang bermaksud;
Dan hendaklah kamu menghukum antara mereka dengan apa yang Allah turunkan (kepadamu) dan jangan kamu mengikut hawa nafsu mereka. (Surah Al-Maa'idah: ayat 49)
Dan sesiapa yang tidak menghukum (manusia) dengan apa yang Allah turunkan (dari wahyu-Nya) maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Surah Al-Maa'dah: ayat 44)
iii- Hudud
Istilah "hudud" terdapat dalam Al-Quran melalui ayat-ayat Allah seperti yang bermaksud;
"Dan sesiapa yang melampaui hudud Allah maka sesungguhnya ia telah menzalimi dirinya". (Surah At-Thalaaq: ayat 1)
Demikian itulah hudud Allah maka janganlah kamu melanggarnya. Barang siapa yang melanggar hudud ini maka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Baqarah: ayat 229)
Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya serta melanggar hudud Allah nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka yang kekal ia di dalamnya dan baginya azab yang amat hina.
Perkataan "hudud" adalah perkataan ganda daripada "had". Dalam kamus Arab, "had" bererti:
- dijadikan bagi sesuatu itu sekatan
- yang memisahkan antara dua perkara
- menghabiskan sesuatu
- mencegah seseorang daripada melakukan kesalahan dan sebagainya.
Pengertian-pengertian yang tersebut di atas memberikan suatu kefahaman tentang mengapa istilah "had" itu digunakan bagi beberapa kesalahan seperti mencuri, berzina, minum arak, dan sebagainya. Penggunaan ini bertujuan menyedarkan manusia bahawa hukuman ini mampu mencegah manusia daripada melakukan jenayah itu. Hudud juga merupakan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada semua manusia, agar berubah perangai daripada tidak baik kepada baik.
Tujuan dan hikmah melaksanakan hudud dalam Islam, seperti yang terkandung dalam pengertian di atas, adalah untuk kebaikan manusia sejagat agar terselamat daripada hukuman dunia dan yang amat penting terselamat daripada seksaan di akhirat.
Tanpa melaksanakan hukum-hukum hudud ini, manusia akan berhadapan dengan seksa Allah yang amat hina.
Dr. Abd. Hamid Al-Mutawalli menulis di dalam kitabnya, "As-Syari'ah Al-Islamiyyah Kamasdar Asasi Liddudtur" (cetakan 1), pada halaman 74 dengan katanya yang bermaksud:
Bahawa sesungguhnya segala hukuman hudud itu adalah sebenarnya suatu ancaman kepada penjenayah yang tujuan asasnya untuk menghapuskan jenayah. Sekiranya dilaksanakan dengan baik nescaya tidak ada orang yang sanggup melakukan jenayah itu melainkan beberapa orang sahaja.
Abd Qadir Audah, dalam kitabnya, "At-Tasyri' Al-Jina'I Al-Islamiy Muqarina Bilqanun Al-Wadha'I" (cetakan 1, 1368H)pada halaman 652 ada menyebut yang bermaksud:
Di Hijaz sebelum perundangan Islam dilaksanakan, keadaan di negara tersebut adalah paling buruk dari segi keamanan. Orang yang berkunjung ke sana atau mendiami negara itu tidak akan merasa aman dirinya, harta bendanya dan keluarganya. Di merata pelusuk negara itu terjadi pelakuan jenayah, mencuri, merompak dan sebagainya. Apabila dilaksanakan undang-undang Islam, Hijaz berubah menjadi negara yang aman damai.
Al-Qadi Dr. Abd Aziz Amir dalam kitabnya, "At-Ta'zir fi As-Syari'ah"(cetakan ke-3, 1377H) pada halaman 425 menyebut yang bermaksud:
Perangkaan rasmi di Saudi Arabia tentang jenayah menunjukkan bahawa penthabitan perlakuan jenayah dan pelaksanaan hukumnya tidak berlaku kecuali pada hitungan kasarnya sekali atau dua kali dalam satu tahun, meskipun keadaan di negara tersebut boleh dikatakan menggalakkan jenayah yang boleh dilakukan dengan mudah.
Al-Syaikh Abu Zahrah dalam kitabnya, "Falsafah Al-`Uqubah" (bahagian pertama, cetakan 1963) pada halaman 96, ada menyebut yang bermaksud:
Sesungguhnya diriwayatkan daripada Hisyam ibn Abdul Malik, bahawa beliau telah menggantungkan hukuman hudud setahun di zaman pemerintahnya. Kerana itu kejadian jenayah tiba-tiba berlaku secara berleluasa dengan banyaknya.
Semua konteks di atas dapat membuktikan bahawa kebaikan yang terkandung dalam undang-undang Islam jika dilaksanakan amat menguntungkan manusia. Oleh sebab itu, hukuman hudud boleh menjadi sempadan dan cegahan yang akan memberikan kepada manusia keamanan dan kesejahteraan hidup.
iv-Qisas
Di dalam Al-Quran Allah s.w.t. menyebut "qisas" itu dalam ayatnya yang bermaksud:
Wahai mereka yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu qisas ke atas orang-orang yang membunuh. (Surah Al-Baqarah: ayat 178)
Dan telah kami wajibkan ke atas mereka di dalam (Taurat) bahawasanya nyawa dibalas dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka pun ada qisasnya. (Surah Al-Maa'idah: ayat 45)
Dan bagi kamu dalam pelaksanaan qisas ada jaminan kelangsungan hidup wahai orang-orang yang mempunyai hati, moga-moga kamu bertaqwa. (Surah Al-Maa'idah: ayat 179)
Perkataan "qisas" daripada segi bahasa antara lain bererti:
- memotong dengan gunting
- memutuskan hujungnya dengan pemotong - memisahkan sesuatu dengan sesuatu, dan sebagainya
Apabila perkataan yang bererti sedemikian daripada kamus-kamus Arab digunakan sebagai istilah undang-undang dalam perkara hukuman ke atas pesalah bagi membalasnya dengan adil dan saksama seperti yang dilakukan, memberikan kita suatu tanggapan bahawa dalam pelaksanaan hukuman qisas, perlakuan jenayah itu dapat dipotong atau dihentikan.
v-Ta'zir
Dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan kamu membantu mereka dan memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik. Sesungguhnya Aku (Allah) akan menutupi dosa-dosa kamu dan akan Aku masukkan kamu ke dalam Syurga yang di bawahnya berlari sungai-sungai." (Surah Al-Maa'idah: ayat 12)
"Maka orang-orang yang beriman dengan-Nya memuliakannya menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya mereka itulah orang yang beroleh kejayaan." (Surah Al-A'raaf:ayat 157)
"Supaya kamu sekelian beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, membantu menguatkan (agama-Nya), membesarkan-Nya dan bertasbih kepada-Nya diwaktu pagi dan petang." (Surah Al-Fath:ayat 9)
Perkataan "a za ra", "azzara", "ta'zeeran", dan sebagainya diertikan dalam kamus-kamus Arab yang bermaksud:
- memberi pertolongan yang kuat
- menegah dan mencegah
- memukul dengan sesuatu pukulan yang berkesan
- benteng yang kuat
Daripada ayat-ayat Al-Quran di atas tadi, dengan makna-makna yang jelas nyata serta pengertian daripada segi bahasanya, ta'zir dalam hubungan ini seolah-olah menjadikan undang-undang Islam yang termasuk di dalam hukum ta'zir akan menjadi sebaik-baik pertolongan kepada pemerintah dan masyarakat umum untuk mencegah penjenayah daripada melakukan kesalahannya setelah hukum ta'zir itu dilaksanakan.
Kesimpulannya, keseluruhan undang-undang pemerintahan dalam dunia hari ini adalah bertujuan untuk mengatur kehidupan duniawi semata-mata. Sedangkan manusia itu adalah makhluk yang akan terus hidup di alam yang lebih luas dan lebih panjang daripada alam dunia ini selepas matinya. Kehidupan manusia di alam ini hanyalah buat sementara waktu, sementara menunggu kematiannya untuk memulakan hidup baru dengan segala maslahahnya.
Undang-undang Islam tidak mengabaikan aspek duniawi seperti yang difikirkan oleh penggubal-penggubal undang-undang ciptaan. Malah lebih mementingkan harga diri insan yang sebenarnya, iaitu keimanannya kepada Allah Yang Maha Esa. Demi menjaga keimanan itu Islam menurunkan peraturan dan undang-undang untuk manusia menjaga seluruh keperluannya.
Popular Posts
-
Apakah hukum bagi seorang muslimah yang melambatkan solat fardhu dan apabila hendak mengerjakannya didapati haidhnya tiba? Bagaimanakah kead...
-
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu bina...
-
Berikut adalah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, dalam makalah ini berbagai permasalahan tentang mazhab akan dibincang secara ringkas, pe...
-
I‘tikaf ialah suatu ibadah yang mempunyai kelebihan dan hikmat tertentu. Di antaranya membersihkan hati daripada sifat-sifat yang tercela, m...
-
1.0 Muqaddimah Siasah Syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum sya...
-
Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek ag...
-
Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yan...
-
Syariah Islam menetapkan bagi setiap sesuatu amalan manusia tidak terlepas daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah. Hukum yang ditetapkan ...
-
Ada empat istilah asas Fiqh yg membingungkan: Ijtihad, Ittiba', Talfiq dan Taqlid. Kita jelaskan secara mudah: a. Ijtihad: mencurahkan...
-
Syarat-syarat haji menurut Mazhab Hanafi 1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir, hajinya tidak sah. 2. Akal, tidak wajib bagi orang g...