03 November 2009

Mencuri-Pandangan 4 Mazhab Tentang Kewajipan Penerapan Hukum Hudud Ke Atas Kafir Dzimmi

Mazhab Syafie

Dan jika seseorang ahli zimmi melakukan jenayah, saya akan mempertimbangkan samada perkara jenayah adalah diharamkan oleh agamanya atau tidak. Jika ya, seperti pembunuhan, zina, sariqah (curi) dan qazaf, dia akan terbeban dengan hukuman sebagaimana hukuman orang Islam. Dan dalilnya sebagaimana diriwayatkan oleh Anas r.a. bahawa dua orang Yahudi telah membunuh seorang jariah lantaran merebut perhiasan, maka Rasulullah saw telah membunuhnya dengan dihimpit antara dua batu, dan diriwayatkan juga dari Ibnu Abbas bahawa Nabi telah dihadapkan dengan dua orang yang berzina sesudah pernikahan yang sah, maka Rasulullah saw memerintahkan keduanya untuk direjam, kerana ianya dilarang dalam agama mereka dan terikat dengan hukum-hakam Islam dengan akad zimmi maka diwajibkan ke atas mereka sebagaimana orang Islam. Kalaulah pegangan mereka membolehkan seperti arak, maka tidak wajib hudud ke atas mereka kerana mereka tidak berpegang dengan keharamannya maka tidak wajib ke atas mereka hukuman seperti kafir, maka jika mereka melakukan secara terbuka, dikenakan takzir kerana menzahirkan kemungkaran dalam Negara Islam, akan ditakzir kerananya. [Al-Muhazzab II : 256]

Ditempat lain dia berkata:
Sesiapa sahaja yang mencuri, walhal dia adalah baligh, akil, dan terikat dengan hukum Islam, cukup nisab dengan harta yang hendak dicurinya dari tempat simpanan, dan tidak ada syubahat, maka diwajibkan ke atas mereka potong tangan. [Al-Muhazzab II : 256 ]

Dari sini bahawa pencurian zimmi terhadap harta baitul Mal yang tidak termasuk benda yang bermafaat pada mereka, kecuali pada kita, sedangkan ianya bukan tabungan untuk mereka. [Nihayatul Muhtaj VII : 446]

Dan sebagaimana yang terdapat dalam kitab Nihayatu Muhtaj (Sedangkan zimmi dipotong secara mutlak) dan juga sebagaimana diterangkan di tempat lain;
Dan dipotong tangan Muslim dan Zimmi kerana mencuri harta kaum Muslim dan zimmi dengan Ijmak kerana Muslim, dengan Muslim, kerana terpeliharanya zimi dan keterikatan dengan hukum meskipun mereka itu tidak redha dengan hukuman kita, sebagaiman halnya dalam perzinaan [Nihayatul Muhtaj VII : 462]




Mazhab Hambali
Pendirian mereka tentang isu ini amat jelas sekali seperti yang tertera dalam Kashshaf Al Qinaâ:

Hukuman hudud untuk menghukum zimmi kerana melakukan kesalahan di antara mereka. Pemotongan tangan kepada setiap orang tanpa pengecualian kerana kesyumulan undang-undang Allah. [Pencuri lelaki dan perempuan akan dipotong tangan mereka]. Tambahan pula zimmi tidak akan dikecualikan daripada hukum had walaupun mereka telah memeluk Islam (selepas melakukan kesalahan). Dia akan terus bertanggung jawab sebagaimana kewajipan lain ke atasnya [ VII : 91]

Menurut Ibn Qudamah, Kafir Zimmi dan Musta’min akan dipotong tangan kerana mencuri harta kaum Muslimin dan kaum Muslimin akan dipotong tangan kerana mencuri harta mereka. Dan itulah yang diperkatakan oleh Syafie dan Ashabul-Ra’yi, dan kami tidak tahu adanya ikhtilaf [Al-Mughni X : 276]

Jika ahli zimmi melakukan rompakan jalanan (qathu’ thariq) ataupun bersama orang Islam yang memerangi Daulah, maka adakah gugur akad perjanjian mereka? Dalam kes ini ada 2 pendapat ;
a) Jika kita katakan bahawa gugur perjanjian mereka, maka halal darah dan harta mereka dalam semua keadaan
b) Jika kita kata kan bahawa tidak gugur perjanjian mereka maka hukuman kita tehadap mereka sebagaimana hukuman orang Islam. [ Al-Mughni X : 319]


Mazhab Maliki
Imam Malik bila di tanya apakah beliau akan memotong tangan sipencuri Zimmi, Imam Malik menjawab benar, tangannya akan dipotong.(Na’am, tuqthaâ’u yadu hu). [ Mudawwanatul Kubra 4:414].
Syaratnya (potong tangan) adalah taklif, maka dipotong tangan orang merdeka, hamba, zimmi dan muâhid. [Al-Taj wa Iklil, 6:312]
Dusuki berkata : Dipotong tangan pencuri: Iaitu Mukkalaf, tak kira samada ianya muslim atau Kafir, bebas, atau merdeka, lelaki atau perempuan.[Hasyiyah A-Dusuki, 4:332]
Lain-lain sumber Mazhab Maliki yang tak dapat kami perturunkan kesemua sekali. Spt Tafsir Quthubi 4:402-403. dll


Mazhab Hanafi
Al-Timitashi mendefinisikan pencurian ialah; pengambilan yang dilakukan oleh mukallaf yang yang boleh bercakap dan melihat. AlHaskafi menafsirkannya: Meskipun pencuri itu adalah perempuan, hamba, atau orang kafir. Ibn Qudamah menerangkan dengan lebih lanjut lagi batasan istilah kafir ini dengan;.Yang lebih tepat adalah zimmi (berbanding dengan kafir), kerana Al-Hakim dalam kitabnya Kafii berkata Imam Abu Hanifah dan Muhamad bahawa kafir musta’man tidak dipotong tangan, tapi Abu Yusof kata kena potong [Hasyiyah Radd Mukthar 6:137]

No comments:

Popular Posts