1. Apakah hukum mengutip anak batu di tempat-tempat lain selain daripada Muzdalifah?
Persoalan ini timbul disebabkan adanya kekhuatiran jemaah haji terhadap pemandu-pemandu bas yang membawa jemaah haji tidak berhenti di Muzdhalifah dan terus masuk ke Mina. Oleh itu ada jemaah yang mengutip batu di ‘Arafah dan Mina.
2. Melontar ketiga-tiga Jamrah di hari-hari Tasyriq pada lontaran yang bukan qadha, bolehkah ianya dilakukan oleh jemaah haji pada sebelah pagi sebelum pagi sebelum tergelincir matahari, khususnya pada jemaah yang melakukan nafar awwal dan juga pada 13 Zulhijjah.
Sebagaimana yang selalu diamalkan oleh jemaah haji Negara Brunei Darussalam, watu melontar ketiga-tiga jamrah di hari-hari tasyriq ialah mulai daripada tergelincir matahari sehingga masuk matahari.
Demikian dihadapkan dua persoalan yang dinyatakan di atas bagi mendapatkan fatwa/hukum serta ketetapan mengenainya.
Jawapan:
الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلىى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين، وبعد
1. Pada dasarnya tempat mengutip batu untuk keperluan melontar jamrah yang diperkatakan oleh ulama-ulama fiqh mazhab asy-Safike ada dua: tanah haram dan tanah halal. Tanah Haram merangkumi: Muzdalifah, Wadi Muhassar, kawasan kota Mina, kawasan jamrah dan lobang jamrah, serta mana-mana kawasan tanah haram seperti kota Makkah. Manakala tanah halal ialah seluruh kawasan yang berada diluar kawasan tanah haram seperti Padang ‘Arafah, Jeddah dan Brunei Darussalam.
Jika yang diambil kira itu ialah hukum dan afdhaliyyah (keutamaan) melontar, maka caranya adalah seperti berikut:
Sunat:
I. Sunat diamabil di kawasan Muzdalifah untuk lontaran ke jamrah ‘Aqabah sahaja pada Hari Raya (10 Zulhijjah).
Hukum sunat ini berdasarkan hadis:
أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر ابن عباس رضي الله عنهما أن يأخذ الحصى من مزدلفة
( رواه ابن عدي وأحمد والحاكم والنسائي)
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma mengambil anak-anak batu di Muzdalifah.”
(Hadis riwayat Ibnu ‘Adi, Imam Ahmad, al-Hakim dan an-Nasa’i)
II. Sunat diambil di kawasan Wadi Muhassar (yang terletak di antara Muzdalifah dan Mina) atau mana-mana tempat di Kota Mina (termasuk kawasan Jamrah) untuk lontaran ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq.
Makruh:
I. Makruh diambil dari lobang jamrah atau dari kawasan luar tanah haram seperti padang ‘Arafah, Jeddah dan Brunei Darussalam, dari mana-mana masjid atau dari kawasan najis.
II. Makruh melontarkan batu bernajis
Harus:
I. Tetapi jika yang diambil kira itu ialah tentang sah atau tidaknya lontaran, maka anak-anak batu yang diambil daripada mana-mana tempat tersebut untuk dijadikan batu lontaran ke mana-man jamrah adalah boleh dan lontaran sah serta memadai.
Syeikh Muhammad Thahir bin Abdul Qadir al-Kurdi al-Makki dalam kitabnya Irsyad az-Zumar li Manasik al-Hajj wa al-‘Umrah ‘ala Madzhab al-Imam asy-Syafi’e Rahimahullah Ta’ala ‘anhu berkata:
ويسن أن يكون الحجر بقدر حبة الفول، فلو رمى بأكبر منها أو أصغر كره وأجزاءه، وأن يكون طاهرا، فلو رمى بمتنجس كره وأجزاءه، ويسن غسله إن شك فى طهارته، وأن يأخذ حصى جمرة العقبة ليوم النحر من مزدلفة وهى سبع حصيات. وأما الباقى فيؤخذ من وادى محسر، أو من منى فتحصل السنة الأخذ من كل منهما. ويجوز أخذه من أي موضع، لكن يمره أخذه من الحل أو من المرمى أو من المسجد، أو من موضع النجس، ولو رمى بشئ من ذلك أجزاءه.
Ertinya: “Dan sunat batu itu besar kacang fl, jika yang dilontarkan lebih besar daripadanya atau lebih kecil adalah makruk tetapi lontaran itu sah. Batu itu hendaklah suci, jika yang dilontarkan bernajis adalah makruh tetapi sah, dari itu adalah sunat membasuhnya jika diragukan kebersihannya. Dan hendaklah mengambil batu untuk lontaran jamrah ‘Aqabah pada hari Nahar (10 Zulhijjah) dari Muzdalifah, iaitu sebanyak tujuh biji. Adapun untuk lontaran berikutnya (pada hari-hari Tasyriq) maka diambil dari Wdi Muhassar atau dari Mina, dan sunnah telah tercapai dengan mengambilnya daripada salah satu daripada keduanya. Dan adalah harus mengambilnya dari mana-mana tempat (selain daripada tempat yang disunatkan itu), tetapi makruh diambil dari tanah halal, lobang jamrah, masjid atau tempat najis, tetapi jika batu lontaran yang diambil dari mana-mana tempat ini, lontaran adalah sah dan memadai.” (H.106)
Disimpulkan bahawa mengutip batu di Muzdalifah adalah untuk lontaran Jamrah ‘Aqabah. Manakala selain di Muzdalifah adalah makruh, tetapi hukum makruh ini hanya jika dalam keadan tafarrugh (senang dan mudah). Dan adalah juga hasil sunat bagi lontaran hari-hari Tasyriq dikutip dari Wadi Muhassar atau Mina kecuali lobang Jamrah. Samada untuk lontaran hari Nahar atau hari-hari Tasyriq pula adalah makruh diambil dari lobang Jamrah dan luar tanah haram, tetapi lontaran tetap sah dan memadai.
I. Mengikut pendapat yang mu’tamad melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyriq yang bukan lontaran qadha sebelum gelincir matahari adalah ditegah.
Syeikh Muhammad Thahir bin Abdul Qadir al-Kurdi al-Makki dalam kitabnya Irsyad az-Zumar li Manasik al-Hajj wa al-‘Umrah ‘ala Madzahab al-Imam asy-Syafi’e Rahimahullah Ta’ala ‘anhu berkata:
والمعتمد جواز تدارك الرمى قبل الزوال أو ليلا بخلاف تقديم رمى يوم على زواله فأنه ممتنع.
Ertinya: “Dan yang mu’tamad adalah harus melontar Jamrah sebelum tergelincir matahari atau malam hari bagi mengganti lontaran yang luput, berbeza dengan lontaran untuk hari berkenaan adalah ditegah mendahulukan melontar sebelum matahari tergelincir.” (H.102)
Jika diharuskan melontat sebelum matahari tergelincir pada hari-hari Tasyriq hanya untuk mengganti (mengqadha) lontaran yang luput pada hari itu atau hari-hari yang sebelumnya.
Untuk lebih jelas, sekiranya Jamrah ‘Aqabah tidak dilontar pada hari Nahar, ia boleh diganti dengan melontarnya pada bila-bila masa hari-hari Tasyriq termasuk sebelum matahari tergelincir,begitu juga jika katiga-tiga Jamrah pada hari pertama atau kedua hari Tasyriq tidak dilontar, lontaran boleh diganti pada bila-bila masa pada besok harinya termasuk sebelum matahari tergelincir pada hari-hari Tasyriq hanyalah untuk lontaran qadha dan ganti, dan kesemua lontaran ini adalah sah dan dianggap tunai, serta tidak dikenakan dam (Irsyad az-Zumar: 102)
Adapun amalan melontar Jamrah setelan matahari tergelincir di hari-hari Tasyriq yang selalu dilakukan oleh jemaah haji Negara Brunei Darusallam adalah amalan yang bersesuaian dengan sunnah dan amalan Nabi Shallallahu ‘laihi wasallam berdasarkan hadis Ibnu ;Abbas Radhiallahu ‘anhuma:
رمى رسول الله صلى الله عليه وسلم الجمار حين زالت الشمس
(راه أحمد وابن ماجه والترمذي)
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihu wasallam melontar jamrah-jamrah (jamrah Ula, Wustha dan ‘Aqabah) ketika gelincir matahari.”
(hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Dan hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha:
ان النبي صلى الله عليه وسلم أقام بمكة حتى صلى الظهر ، ثم رجع إلى منى فأقام بها أيام التشريق الثلاث يرمى الجمرة الا ولى إذا زالت الشمس بسبع حصيات يكبر مع كل حصاة
(رواه أبو داود والبيهقي)
Maksudnya: “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tinggal di makah sehingga Baginda sembahyang zuhur, kemudian Baginda kembali semula ke mina, lalu baginda tinggal di mina (di sepanjang) tiga hari Tasyriq (di mana) Baginda melontar jamrah Ula dengan tujuh biji anak-anak batu apabila tergelincir matahari. Setiap kali melontar Baginda bertakbir”
(hadis riwayat Abu Daud dan al- Baihaqi)
Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Penulis/Ulama : Author
Tarikh Diisu : 2003
Nota: FATWA MUFTI KERAJAAN BRUNEI 2003
Islam adalah agama yang dibawa oleh Allah swt dengan sebuah agama yang murni, harmoni, syumul dan luhur. Ia digambarkan dengan keperibadian Rasulullah saw yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri Rasulullah ini telah memberi keamanan dan rahmat seluruh alam. Sebagaimana firman Allah swt: "Tidaklah AKU utuskan engkau wahai MUHAMMAD melainkan menjadi rahmat seluruh alam" (al-Anbia': 107)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Apakah hukum bagi seorang muslimah yang melambatkan solat fardhu dan apabila hendak mengerjakannya didapati haidhnya tiba? Bagaimanakah kead...
-
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu bina...
-
Berikut adalah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, dalam makalah ini berbagai permasalahan tentang mazhab akan dibincang secara ringkas, pe...
-
I‘tikaf ialah suatu ibadah yang mempunyai kelebihan dan hikmat tertentu. Di antaranya membersihkan hati daripada sifat-sifat yang tercela, m...
-
1.0 Muqaddimah Siasah Syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum sya...
-
Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek ag...
-
Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yan...
-
Syariah Islam menetapkan bagi setiap sesuatu amalan manusia tidak terlepas daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah. Hukum yang ditetapkan ...
-
Ada empat istilah asas Fiqh yg membingungkan: Ijtihad, Ittiba', Talfiq dan Taqlid. Kita jelaskan secara mudah: a. Ijtihad: mencurahkan...
-
Syarat-syarat haji menurut Mazhab Hanafi 1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir, hajinya tidak sah. 2. Akal, tidak wajib bagi orang g...
No comments:
Post a Comment