الأفهام أرزاقا تقسم بين العباد ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الهادى إلى سبيل الرشاد وعلى آله وصحبه وعلى التابعين لهم إلى يوم المعاد ، أما بعد
Al-istishhab (الاستصحاب) ialah salah satu metode al-istidlal (mengambil dalil) yang digunakan oleh ulama ushul fiqh dalam menetapkan hukum. Kehujahannya tidak disepakati di kalangan para ulama. Dalam mazhab asy-Syafi'e, al-istishhab digunapakai sebagai salah satu metode al-istidlal dalam menetapkan sesuatu hukum. (AI-Ihkam fi Ushul al-Ahkam: 4/282, 287)
Ada beberapa definisi al-istishhab yang dikemukakan oleh para ulama ushul fiqh yang mana pada umumnya membawa pengertian bahawa hukum asal yang sedia ada pada masa lampau akan tetap terus berlaku untuk zaman sekarang atau yang akan datang, selama mana tidak ada dalil yang mengubah hukum itu.
Sebagai contoh masalah penetapan hak milik ke atas sesuatu barang. Jika sesuatu barang itu telah disabitkan menjadi milik seseorang yang telah dimilikinya sama ada melalui pembelian, pewarisan, hibah, wasiat atau sebagainya. Hak Milik itu akan terus berjalan untuk selamanya sehingga ada bukti atau dalil yang menunjukkan adanya pemindahan hak milik. Jadi, jika ada orang lain yang mendakwa bahawa barang itu adalah miliknya, maka dia hendaklah mengemukakan dalil yang menunjukkan adanya pemindahan hak milik barang itu kepadanya. Dalam hal ini tidak cukup sekadar kemungkinan (ihtimal) adanya penjualan. Contoh yang lain lagi ialah berkenaan dengan orang yang diketahui masih hidup pada masa tertentu. Dia tetap dianggap masih hidup sampai ada bukti kematiannya. Oleh itu orang yang hilang misalnya tetap dianggap masih hidup sampai ada bukti (dalil yang menunjukkan atas kematiannya. Atau setidaknya terdapat petunjuk-petunjuk yang menunjukkan kematiannya. Dengan berdasarkan petunjuk-petunjuk itulah nanti kemudiannya ditetapkan kematiannya. (Ushiil al-Fiqh: 277)
Menurut al-Khawarizmi Rahimahullah bahawa al-istishhab adalah altematif terakhir untuk menjadi sandaran dalam berfatwa (setelah tidak didapati sandarannya pada sumber-sumber lain). Seorang mufti jika ditanya tentang suatu masalah, maka dia secara berurutan akan mencari ketetapan hukumnya melalui al-Qur' an, kemudian sunnah, kemudian ijma’ dan kemudian qiyas. Jika daripada keempat sumber hukum itu tidak didapati juga ketentuan hukumnya, maka baru dia menerapkan dalil al-istishhab sama ada yang bersifat menafikan (negatit) atau mensabitkan (positit). Jika keraguan berkisar dalam memutuskan sarna ada hilang atau tidak hilangnya sesuatu perkara, maka menurut hukum asal ia tetap kekal (tidak hilang). Jika keraguan berkisar dalam memutuskan sarna ada sabitnya sesuatu perkara atau tidak, maka menurut hukum asal ia tidak kekal (tidak sabit). (Irsyad al-Fuhiil: 2/680)
Kaedah Yang keluar Daripada Prinsip Al-Istishhab
Berdasarkan al-istish!lab juga, para ahli fiqh mengeluarkan beberapa kaedahfiqhiyyah, iaitu:
إن الصل بقاء ما كان حتى يثبت ما يغيره (1)
Ertinya: Menurut hukum asal adalah kekal apa yang terdahulu sebagaimana adanya sehingga sabit ada sesuatu yang mengubahnya.
Oleh itu orang yang hilang umpamanya adalah dihukumkan masih hidup sehinggalah ada bukti atau dalil yang menunjukkan kepada kematiannya. Dengan itu, harta orang hilang itu tidak difara'idhkan dan haknya di dalam harta waris dibekukan sehinggalah disabitkan halnya sarna ada hidup atau mati menurutjumhur ulama.
الأصل في الأشياء الإباحة (2)
Ertinya: Hukum asal terhadap sesuatu itu adalah harus.
Berdasarkan kaedah ini adalah dihukumkan sah setiap akad atau tindak-tanduk yang tidak ada dalil syara' yang menunjukkan rosaknya atau batalnya akad atau tindak-tanduk itu.
الأصل في الذمة البراءة من التكاليف والحقوق (3)
Ertinya: Hukum asal pada tanggungan itu ialah bebas daripada segala beban tanggungan dan kewajipan menunaikan hak.
Oleh itu tidak harus mensabitkan sesuatu tanggungan ke atas seseorang atau menisbahkan sesuatu kepada seseorang kecuali dengan ada dalil.
اليقين لا يزول بالشك أي لا يرفع حكمه بالتردد (4)
Ertinya: Keyakinan tidak hilang dengan keraguan iaitu terangkat hukum sesuatu yang diyakini dengan keraguan.
Oleh itu barang siapa yakin bahawa dia telah berwudhu dan merasa ragu-ragu berhadas, dihukumkan kekal wudhunya itu. (Ushfil al-Fiqh al-IsHimi: 2/900-901)
Oleh kerana persoalan yang ditanyakan di atas memerlukan pembahasan yang panjang, maka ada baiknya Awang merujuk kitab¬kitab yang berkaitan dengannya seperti:
1. AI-Mustasyfii min 'Urn al-Ushfil karangan Imam al-Ghazali Rahimahullah.
2. AI-Ihkam fi Ushfil al-Ahkam karangan al-Amidi Rahimahullah.
3. Irsyad al-Fuhfil ila Tahqiq al-Haqq min 'Urn al-Ushfil karangan asy-Syawkani Rahimahullah.
4. Mashadir at-Tasyri' al-Islami fima la Nashsh fih karangan Abdul Wahhab Khallaf Rahimahullah.
5. Ushfil al-Fiqh karangan Imam Muhammad Abu Zahrah Rahimahullah.
6. Ushfil al-Fiqh al-Islami karangan Dr. Wahbah az-Zuhaili Hafizahullah.
7. AI-Wajiz fi Ushfil al-Fiqh karangan Dr. Abdul Karim Zaidan Hafizahullah dan lain-lain lagi.
والله أعلم بالصواب
Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Tarikh Diisu : 2004
Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004
Islam adalah agama yang dibawa oleh Allah swt dengan sebuah agama yang murni, harmoni, syumul dan luhur. Ia digambarkan dengan keperibadian Rasulullah saw yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri Rasulullah ini telah memberi keamanan dan rahmat seluruh alam. Sebagaimana firman Allah swt: "Tidaklah AKU utuskan engkau wahai MUHAMMAD melainkan menjadi rahmat seluruh alam" (al-Anbia': 107)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Apakah hukum bagi seorang muslimah yang melambatkan solat fardhu dan apabila hendak mengerjakannya didapati haidhnya tiba? Bagaimanakah kead...
-
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu bina...
-
Berikut adalah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, dalam makalah ini berbagai permasalahan tentang mazhab akan dibincang secara ringkas, pe...
-
I‘tikaf ialah suatu ibadah yang mempunyai kelebihan dan hikmat tertentu. Di antaranya membersihkan hati daripada sifat-sifat yang tercela, m...
-
1.0 Muqaddimah Siasah Syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum sya...
-
Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek ag...
-
Pengertian aurat menurut bahasa adalah keaiban.Manakala menurut pandangan atau pengertian syarak ialah "Bahagian-bahagian tertentu yan...
-
Syariah Islam menetapkan bagi setiap sesuatu amalan manusia tidak terlepas daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah. Hukum yang ditetapkan ...
-
Ada empat istilah asas Fiqh yg membingungkan: Ijtihad, Ittiba', Talfiq dan Taqlid. Kita jelaskan secara mudah: a. Ijtihad: mencurahkan...
-
Syarat-syarat haji menurut Mazhab Hanafi 1. Islam, haji tidak wajib bagi orang kafir, hajinya tidak sah. 2. Akal, tidak wajib bagi orang g...
No comments:
Post a Comment