10 August 2010

Isu Perlantikan Hakim Wanita

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah melantik dua orang wanita sebagai Hakim Syarie. Mereka ialah Suraya Ramli sebagai hakim syarie Wilayah Persekutuan dan Rafidah Abdul Razak sebagai hakim syarie Putrajaya. Perlantikan mereka telah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong.

Ini merupakan pertama kalinya dalam sejarah Malaysia yang telah membuat pembaharuan dalam perlantikan hakim syarie di kalangan wanita. Isu perlantikan Hakim Syarie dikalangan wanita bukan merupakan perkara yang baru, tetapi ia telah diperbahaskan sejak dahulu lagi.

Saya juga tidak terkejut dengan isu perlantikan wanita sebagai hakim syarie. Ini kerana,menurut pendapat Imam Hanafi, wanita dibenarkan menjadi hakim di mahkamah, begitu juga mazhab Maliki. Tetapi, Mazhab Syafie berpendapat, wanita tidak seharusnya dilantik menjadi hakim syarie. Kesemua Imam-imam tersebut mempunyai hujah-hujah dan dalil-dalilnya yang tersendiri.

Di Malaysia, secara umumnya, umat Islam berpegang kepada Mazhab Syafie dan mengamalkan ibadat dan perkara kehidupan seharian berpegang kepada mazhab Syafie. Di dalam konteks perlantikan hakim syarie wanita,mereka telah memilih pandangan daripada mazhab Hanafi yang mengatakan harus melantik wanita sebagai Hakim Syarie. Ini juga merupakan ijtihadi dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang mempunyai sebab-sebab tertentu dan kemaslahatan dalam melantik wanita sebagai hakim syarie.

Akan tetapi, masyarakat perlu ingat, perlantikan hakim adalah untuk mengangkat panji kebenaran dan menegakkan keadilan di muka bumi dengan mengikut syariat yang ditentukan oleh Allah swt. Jika mereka berpendapat bahawa isu perlantikan wanita sebagai hakim syarie adalah untuk membela kaum wanita tanpa mengikut syariat, ini adalah salah. Mereka perlu fajam bahawa tugas hakim adalah memberi KEADILAN kepada kedua2 belah pihak tidak mengikut jantina.

Apa yang saya ingin jelaskan di sini ialah, tidak kiralah kita mengikut mazhab Hanafi mahupun Syafie dalam isu perlantikan hakim syarie wanita, tugas hakim amatlah berat dalam menyelesaikan sesuatu masalah di mahkamah. Jadi, berfikirlah dalam membuat keputusan semasa mengadili kedua-dua pihak dengan berlandaskan nas-nas. Janganlah bersikap berat sebelah dalam menghakimi permasalahan kedua-dua pihak dan tidak mengadili hanya semata-mata mengikut gender...

Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W bersabda, dua golongan hakim akan masuk neraka iaitu hakim yang berhukum tanpa ilmu dan hakim yang tahu kebenaran tetapi tidak berhukum dengannya. Hanya satu golongan hakim yang dapat masuk syurga iaitu hakim yang tahu kebenaran dan berhukum dengannya.

Jadi, saya doakan agar hakim-hakim khusunya di Malaysia ini tidak kira lelaki atau perempuan, dapat memberi penghakiman yang seadilnya agar mendapat ganjaran daripada Allah swt.AMIN..

-min: khairul azhar

No comments:

Popular Posts